Memakai Suit Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga, Ini Panduan Suit Yang Sesuai Untuk Anda

Memakai Suit Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga

Jika anda memilih untuk memakai suit atau three atau two piece skirt atau pants suit,anda mesti memakai suit yang sesuai untuk menghadiri temuduga anda. Bagaimana pula untuk memakai suit yang sesuai?

Jika anda ingin dapatkan panduan untuk memakai suit yang sesuai ketika hadir temuduga, teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan panduan suit yang sesuai dengn anda.

9 Panduan Suit Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga

Berikut adalah 9 panduan memakai suit yang sesuai untuk hadiri temuduga ialah :

  1. Pastikan corak suit seperti blazer, skirt atau seluar anda sesuai sama ada kosong, berteksktur halus dan berjalur.
  2. Pakai suit temduga anda yang paling simple dengan warna neutral seperti warna hitam, coklat, biru laut, kelabu atau berwarna krim.
  3. Elakkan memakai blouse atau kemeja yang mempunyai potongan yang singkat di atas paras punggung. Nampak seksi dan tidak sesuai sebagai calon penemuduga. Labuhkan kemeja dan blouse anda melepasi paras punggung supaya kelihatan sesuai untuk hadir temuduga.
  4. Anda dilarang sama sekali untuk memakai suit yang pendek, ketat dan sendat. Bentuk tubuh badan akan tertonjol dan mengganggu tumpuan penemuduga serta secara tidak langsung menjatuhkan maruah calon.
  5. Pastikan juga skirt atau seluar anda berwarna gelap dengan menggunakan warna korporat sepertiĀ  hitam, biru laut, biru gelap, kelabu dan coklat gelap. Jangan memakai skirt kembang dibahagian bawah.
  6. Bagi calon wanita non muslim, anda digalakkan untuk memakai skirt yang labuh dan sehingga menutupi paras lutut.Memakai Suit Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga, Ini Panduan Suit Yang Sesuai Untuk Anda
  7. Anda juga dilarang untuk memakai blouse atau kemeja yang terlalu berfesyen dan nampak pelik. Anda digalakkan untuk memakai blouse atau kemeja yang mempunyai potongan konservetif supaya dapat menonjolkan kewibawaan anda sebagai seorang calon.
  8. Pilih fabrik untuk skirt atau seluar yang kelihatan terletak elok dan kemas apabila dipakai. Jangan memakai fabrik jenis likra, jeans atau jersi kerana ia tidak sesuai dan tidak menepati kod etika pemakaian untuk hadir temuduga.
  9. Akhir sekali pastikan potongan seluar yang dipakai bukan jenis skinny atau melekat pada peha anda. Penemuduga tidak ingin melihat bentuk tubuh anda ketika sesi temuduga nanti.

Memakai Suit Yang Sesuai Untuk Hadiri Temuduga, Ini Panduan Suit Yang Sesuai Untuk Anda

Jika anda ingin memakai baju kurung ketika temuduga, rujuk disini panduan yang betul untuk memakai baju kurung untuk hadir temuduga nanti.

Pastikan first impression penemuduga kepada anda adalah satu pandangan yang paling terbaik. Seterusnya jawab soalan dengan baik, yakin menepati soalan. Semoga berjaya.

You might also like
close-image