Info Kerjaya Malaysia

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2020 (Siri 1) Dibuka

3,292

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2020

Majlis Agama Islam Negeri Johor telah membuka satu bentuk bantuan untuk membantu anak kelahiran Johor menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dalam pelbagai peringkat pengajian.

Tarikh Permohonan

Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2020 (Siri 1) telah dibuka bermula 15 Jun 2020 sehingga 14 Julai 2020.

Peringkat Pengajian Untuk Kelayakan Skim Bantuan

Terdapat 3 peringkat pengajian yang layak untuk mendapat skim bantuan ini iaitu :

  • Sijil Semester Pertama
  • Diplima Semester Pertama
  • Ijazah Sarjana Muda Semester Pertama

Jumlah Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara

Kadar bantuan yang diberikan kepada pelajar adalah mengikut peringkat pengajian seperti :

  • Sijil : RM300
  • Diploma : RM500
  • Ijazah Pertama : RM1,000

Syarat Kelayakan Pemohon

Sebelum anda membuat permohonan, anda boleh menyemak syarat dan kelayakan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon adalah anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor.
  • Pemohon juga bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  • Telah mendapat surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pendapatan perkapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan.

Cara & Proses Permohonan Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara

  • Lampiran permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke MAIJ daerah dalam tempoh 2 MINGGU SELEPAS PERMOHONAN DITUTUP. Sekiranya melebihi tarikh ditetapkan permohonan akan ditolak.
  • MAIJ daerah akan membuat tapisan mengikut syarat.

Nota : Slip sebagai rujukan permohonan perlu dilampirkan untuk proses selanjutnya di Kaunter MAIJ Daerah. Anda juga perlu hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam Daerah berhampiran mengikut alamat yang telah didaftarkan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut serta mempunyai pertanyaan berkaitan permohonan Skim Bantuan Yuran Pendaftaran IPT Dalam Negara Sesi 2020 (Siri 1) ini, anda boleh hubungi Majlis Agama Islam Negeri Johor di saluran berikut :

close-image