Senarai 6 Pinjaman Perniagaan 2020 & Bagaimana Mohon Untuk Usahawan Baru & Lama Yang Bakal Bantu Perniagaan Anda
Tidak kira usahawan baru atau lama, pelbagai jenis pinjaman perniagaan telah ditawarkan oleh organisasi kerajaan bagi membantu usahawan membangunkan perniagaan. Ada juga pinjaman perniagaan ditawarkan sehingga RM5 juta.
Usahawan yang baru ingin memulakan perniagaan pasti memerlukan suntikan modal yang banyak. Sama juga usahawan lama yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada pasti memerlukan banyak wang. Para usahawan tidak perlu risau dengan adanya pelbagai pinjaman perniagaan ini.
Berikut adalah dikonsgikan senarai pinjaman perniagaan bagi tahun 2020 untuk usahawan baru dan lama.
SENARAI PINJAMAN PERNIAGAAN TAHUN 2020
1) Amanah Ikhtiar
Mungkin ada dikalangan anda pernah mendengar agensi ini dan ada juga yang tidak biasa dengar. Bagi usahawan yang telah mencecah 18 tahun dan ke atas dan pendapatan isi rumah masih lagi di bawah RM3,855 sebulan, anda boleh cuba salah satu daripada 7 skim yang disediakan di bawah agensi Amanah Ikhtiar.
- Layari postal rasmi Amanah Ikhtiar
- Jumlah pinjaman adalah sehingga RM20 ribu
2) Pinjaman Perniagaan MARA
Tawaran pinjaman perniagaan MARA adalah ditawarkan kepada bumiputera sahaja. Terdapat banyak skim pinjaman disediakan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Antaranya ialah:
- Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
- Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPiM)
- Kemudahan Pembiayaan Perniagaan Kepada OKU
- Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi)
- Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)
- MARA Entrepreneur Guarantee Scheme (MEGS)
- Skim Pembiayaan Usahawan Global MARA – EXIM (GEMS)
Untuk maklumat mengenai pinjaman perniagaan:
- Layari portal MARA
- Jumlah pinjaman disediakan daripada sekecil-kecil jumlah sehinggalah ke angka RM5 juta.
3) Pinjaman TEKUN Nasional
TEKUN Nasional atau dulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Antara skim pinjaman perniagaan yang disediakan oleh TEKUN adalah:
- Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
- Skim Pembiayaan Teman TEKUN
- Skim Pembiayaan Program TemanNita
- Skim Pembiayaan Kontra-i
- AR-RAHNU TEKUN
Untuk maklumat mengenai pinjaman perniagaan:
- Layari portal TEKUN Nasional
- Pinjaman perniagaan disediakan bermula dari RM10,000 sehingga RM100,000
- Tempoh bermula 5 hingga 10 tahun
4) Pinjaman PUNB
Apa yang menariknya mengenai agensi pinjaman perniagaan ini adalah mereka bukan sahaja menawarkan pinjaman untuk usahawan semata-mata, malah mereka menawarkan latihan dan ilmu kepada kalangan usahawan dan peminjam.
Untuk maklumat mengenai pinjaman perniagaan:
- Layari portal PUNB
- Agensi ini menawarkan sehingga RM100 ribu pinjaman perniagaan
- Tempoh maksimum bayaran semua sehingga 7 tahun
5) Dana Teras Teraju
Dana Teras bertujuan memudahkan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras). Pembiayaan di bawah Dana Teras adalah untuk modal kerja dan pembelian aset. Dana ini disediakan secara kolaborasi antara TERAJU dan institusi kewangan dan diuruskan sepenuhnya oleh RHB Islamic dan Hong Leong Islamic Bank.
Dana ini hanya terbuka kepada syarikat yang berada di bawah program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras).
6) Pinjaman Selangor
Bantuan perniagaan di negeri Selangor yang ditawarkan oleh kerajaan negeri adalah diletakkan di bawah skim Hijrah Selangor. Skim ini adalah menumpukan matlamat membantu kalangan peniaga kecil.
Skim ini juga menawarkan skim hijrah Selangor zero to hero dan juga skim pinjaman mikro kredit. Anda boleh membuat pilihan yang mana bersesuaian dengan perniagaan anda.
Layari Portal Pinjaman Hijrah Selangor
Semoga perkongsian ini dapat membantu usahawan yang memerlukan agensi untuk mendapatkan pinjaman untuk perniagaan. Kerajaan bukan sahaja komited dalam memberi bantuan pinjaman perniagaan, banyak lagi bantuan kewangan lain seperti bantuan perumahan dan sebagainya untuk memudahkan rakyat.