Info Kerjaya Malaysia

Senarai Bantuan Kerajaan 2020 Untuk Rakyat Yang Ramai Tak Tahu

19,632

Insentif ataupun bantuan merupakan salah satu bentuk penghargaan kepada rakyat daripada kerajaan. Tidak kiralah kerajaan negara mana sekalipun pasti akan memberikan bantuan kepada rakyatnya. Negara kita, Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini.

Dalam Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan pada tarikh 2 November yang lalu, terdapat beberapa insentif serta bantuan untuk rakyat telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang mewakili Kerajaan Persekutuan.

Dalam pembentangan ini, kerajaan lebih memberi fokus kepada golongan B40 iaitu golongan yang berpendapatan RM3860 ke bawah setiap bulan. Hal ini kerana golongan ini dikategorikan sebagai golongan yang memerlukan bantuan. Tindakan kerajaan ini dianggap bijak dalam memastikan hanya golongan yang betul-betul layak sahaja boleh menerima insentif.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kesemua Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Dalam Belanjawan 2019. Sekiranya anda layak untuk memohon bantuan-bantuan yang disenaraikan ini, mohonlah segera. Berikut merupakan senarai bantuan tersebut.

BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan kesinambungan daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diumumkan oleh kerajaan dahulu. Sebaik Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan, BR1M telah ditukar nama kepada BSH.

BSH ini telah ditambahbaik dan syaratnya juga diperketatkan untuk memastikan hanya golongan yang layak sahaja boleh menerima BSH. Untuk makluman anda, terdapat 4 kategori penerima BSH. Keempat-empat kategori itu adalah seperti berikut:

  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.
  • Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah tetapi terhad kepada 4 orang, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur.

BANTUAN SUBSIDI ELEKTRIK

Bantuan subsidi bagi elektrik hanya akan disalurkan kepada golongan miskin dan juga golongan miskin tegar yang berdaftar dengan Program e-Kasih sahaja. Jadi, sekiranya anda layak, anda perlulah mendaftar bagi Program e-Kasih terlebih dahulu.

Untuk makluman anda juga, jumlah bantuan ini telah ditingkatkan pada tahun ini. Jika sebelum ini, jumlah subsidi yang diberikan adalah sebanyak RM20, kini jumlahnya telah diumumkan peningkatan kepada RM40 dalam pembentangan belanjawan yang lalu.

BANTUAN SUBSIDI MINYAK BERSASAR

Bukan sahaja bil elektrik diberikan subsidi, minyak juga turut diumumkan bantuan subsidi. Subsidi minyak bersasar ini membolehkan pemilik kereta menikmati subsidi sebanyak 100 liter dan pemilik motosikal pula boleh menikmati subsidi sebanyak 40 liter. Subsidi ini hanya diberikan untuk minyak jenis RON95 sahaja.

Namun, tidak semua jenis kereta serta motosikal layak menerima subsidi ini. Hanya kereta yang berkapasiti enjin 1500cc ke bawah dan motosikal yang berkapasiti enjin 125cc ke bawah sahaja yang layak untuk menerima subsidi ini.

Kerajaan masih belum menetapkan bagaimana mekanisma untuk melaksanakan bantuan ini. Namun, terdapat juga beberapa cadangan yang disuarakan supaya kerajaan memberikan kad khas buat penerima subsidi ini.

BANTUAN DANA RUMAH MAMPU MILIK

Kerajaan turut mengumumkan bantuan dana kepada pemohon yang layak untuk membina rumah pertama melalui Bantuan Dana Rumah Mampu Milik. Bantuan ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak Bank Negara Malaysia.

Jadi, buat anda yang berpendapatan RM2300 ke bawah sebulan dan ingin membina rumah pertama, anda bolehlah mengemukakan permohonan dana ini. Harga rumah yang dihadkan untuk dana ini adalah RM150,000 dan ke bawah. Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan oleh kerajaan untuk dana ini.

BANTUAN DANA PERLINDUNGAN KESIHATAN

Menyedari akan pentingnya tahap kesihatan rakyat, kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif khas untuk kesihatan buat golongan B40 dalam Belanjawan 2019.

Antaranya, B40 akan menikmati perlindungan percuma buat 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan 14 hari pendapatan gantian ketika menjalani rawatan di hospital pada kadar RM50 sehari serta RM700 setahun.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga turut mengumumkan untuk meneruskan program saringan percuma untuk mengesan penyakit berbahaya seperti kanser payu dara (mamogram), program vaksinasi HPV serta ujian saringan pap smear. Kesemua pemeriksaan dan vaksinasi ini hanya boleh dijalankan di klinik atau hospital kerajaan.

INSENTIF KHAS PENGANGKUTAN AWAM

Kerajaan turut menyediakan insentif khas buat rakyat dalam usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan pengangkutan awam. Insentif yang dimaksudkan ini adalah bantuan pas bas serta pas pengangkutan awam. Berikut merupakan nilai pas tersebut.

  • Pas bulanan berjumlah RM100 untuk pengangkutan awam
  • Pas bulanan berjumlah RM50 untuk bas

Kepada yang berminat untuk memiliki pas bulanan ini bolehlah memohon. Permohonan akan dibuka pada bulan Disember 2018.

INSENTIF eTUNAI RAKYAT

Sebagai usaha mengalakkan penggunaan eWallet kerajaan telah memperkenalkan Insentif eTunai Rakyat.

Melalui program Insentif eTunai Rakyat ini Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 ke nawab akan memperoleh insentif sebanyak RM30.

Bagi mereka yang menepati syarat kelayakan, kredit RM30 boleh di tebus menggunakan eWallet Boost, GrabPay dan Touch n Go.

PROGRAM SARAPAN PERCUMA

Program Sarapan Percuma akan diagihkan kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan bermula Januari 2020.

Jadual Program Sarapan Percuma bagi sesi Hagi adalar dari 7.00 pagi sehingga 8.30 pagi. Manakala sesi petang bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga jam 4.00 petang.

Fasa Pertama Program Sarapan Percuma ini akan dilaksanakan bermula 20 Januari nanti. Ianya bakal melibatkan 100 Sekolah dari seluruh negeri.

I-SURI KWSP

Program I-SURI KWSP adalah insentif khas kerajaan buat suri rumah yang berdaftar dalam Pengkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) iaitu suri rumah, balu dan obu tunggal akan mendapat sebanyqak RM40 sebulan hasil caruman minimum RM5 setiap bulan.

Penerima juga turut menerima manfaat seperti ahli KWSP yang lain seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55, dan 60. Bantuan kematian dan bantuan hilang upaya.

Begitulah senarai bantuan kerajaan untuk rakyat yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 yang lalu. Jadi, jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan, mohonlah segera kerana bantuan-bantuan ini adalah khas untuk anda sebagai rakyat.

close-image