Semakan & Permohonan BSH Bujang: Tarikh Pembayaran & Kemaskini

88,838

Kerajaan telah mengumumkan pada belanjawan 2020 yang lepas bahawa golongan bujang berumur 40 tahun dan ke atas akan mendapat bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH).

Baca juga: Permohonan Skim Perumahan Belia BSN MyHome

Berbeza dengan tahun sebelumnya, dimana pemberian kepada golongan bujang hanya sebanyak RM100, pada kali ini pemberian duit BSH kepada golongan bujang adalah sebanyak RM300 sahaja. Di sini kami sediakan pautan untuk anda membuat semakan BSH Bujang 2020.

“Pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu atau kemas kini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat; pemohon orang kelainan upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Bagi golongan OKU, mereka yang berumur 18 tahun ke atas juga layak menerima bantuan sebanyak RM300 ini.

Permohonan BSH Bujang

BSH BUJANG DAN OKU 2020 DIBAYAR PADA FASA KEDUA

Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan pada 6 Januari 2020, bayaran bagi kategori bujang dan OKU akan dibuat secara one-off (sekali bayaran) pada fasa kedua.

Justeru penerima kategori ini perlu membuat permohonan atau kemaskini BSH bermula 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

SEMAKAN BSH BUJANG 2020

Semakan bagi BSH bujang boleh dilakukan dengan melayari Portal BSH Hasil yang tersedia di bawah ini:

Cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak.

Baca juga: eGUMIS Online Permohonan Semakan Wang Tak Dituntut

Jika nama anda ada di dalam rekod, maklumat permohonan anda akan dipaparkan . Termasuklah status kelulusan anda. Jika permohonan anda tidak berjaya, sebab kenapa tidak berjaya juga dipaparkan.

Baca juga: Permohonan BSH 2020

SYARAT PERMOHONAN & KEMASKINI BSH BUJANG 2020

Perlu diingatkan, anda hanya perlu membuat permohonan dan kemaskini BSH bujang jika anda;

  • Berumur 40 Tahun ~ 59 Tahun (Penting)
  • Belum pernah membuat permohonan sebelum ini.
  • Ingin membuat pertukaran maklumat/profil ( contoh alamat, no akaun, status, dll)
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak berjaya dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  • Permohonan Orang kurang upaya (OKU) yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM tetapi menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Anda boleh rujuk laman rasmi BSH untuk maklumat lanjut dan terkini permohonan.

Jika anda termasuk dalam golongan ini, klik pautan di bawah ini. (link permohonan dan kemaskini ini hanya akan tersedia pada 1 Februari 2020).

KEMASKINI MAKLUMAT BSH BUJANG 2020

PERHATIAN! Anda hanya perlu membuat permohonan dan kemaskini BSH bujang jika:

  • Berumur 40 Tahun – 59 Tahun
  • Belum pernah membuat permohonan sebelum ini.
  • Ingin membuat pertukaran maklumat/profil ( contoh alamat, no akaun, status, dll)
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak berjaya dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau
  • Permohonan Orang kurang upaya (OKU) yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM tetapi menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Jika anda termasuk dalam golongan ini, klik pautan di bawah ini dan baca maklumat lanjut permohonan BSH Bujang 2020

Permohonan Baharu/ Kemaskini BSH 2020 TIDAK PERLU dilakukan sekiranya:

  • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat;
  • Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut: Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Penjagaan OKU, Bantuan OKU tidak berupaya bekerja, Bantuan Orang Tua

Permohonan Baru atau Kemaskini BSH 2020 PERLU dilakukan sekiranya:

  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu;
  • Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

RAYUAN BSH BUJANG 2020

Jika anda telah membuat semakan, namun tidak berjaya. Jangan risau. Ini kerana anda masih boleh membuat rayuan BSH anda.

DOWNLOAD BORANG BSH

Anda juga boleh download Borang Permohonan BSH melalui pautan di bawah sebelum mengisi dan menghantar borang tersebut ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Transformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup.

Selain dari borang di atas, anda juga perlu download borang-borang berkaitan di bawah:

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN BSH BUJANG

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke [email protected]

Hubungi Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan.

Untuk pertanyaan langsung, boleh juga melayari Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut.

BUAT SEMAKAN BSH BUJANG SEKARANG!

Semakan BSH Bujang boleh dibuat di portal rasmi LHDN di bsh.hasil.gov.my

SEMAKAN BSH BUJANG

Di bawah merupakan FAQ berkaitan BSH Bujang.

Adakah Penerima BSH Perlu Mendaftar Untuk BPN?

Tidak perlu. Ini kerana penerima BSH automatik layak mendapat bantuan BPN

Bagaimana Buat Semakan BSH Online?

Semakan BSH Bujang boleh dilakukan melalui pautan yang disediakan atau terus ke laman bsh.hasil.gov.my

Bilakah Pembayaran BSH Fasa 1, 2 dan 3?

Akan dimaklumkan kelak pada masa terdekat.

Saya dah terima BPN, BSH masih dapat tak?

Ya masih.

Apa nombor boleh dihubungi untuk bantuan?

Untuk bantuan anda boleh hubungi: 1-800-88-2747, atau anda boleh terus ke kaunter LHDN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image