Info Kerjaya Malaysia

Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih

Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA

Terkini, para penjawat awam boleh membuat semakan status permohonan dan baki pembiayaan LPPSA secara online dengan menggunakan aplikasi  mudah alih.

Muat Turun Aplikasi LPPSA MyFinancing & Daftar

  • Buka Playstore : Android / iOS
  • Klik icon LPPSA MyFinancing.
  • Klik LOG MASUK dan DAFTAR PENGGUNA (kali pertama).
  • Klik DAFTAR DI SINI.
  • Klik SETUJU untuk teruskan proses pendaftaran pada TERMA & SYARAT.
  • Masukkan ID PENGGUNA iaitu NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
  • Masukkan KATA LALUAN.
  • Masukkan NOMBOR TELEFON BIMBIT.
  • Masukkan EMEL anda.
  • Tekan butang DAFTAR.

Login Aplikasi LPPSA MyFinancing & Daftar

Bagi anda yang sudah mendaftar, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pada ID PENGGUNA.
  • Masukkan KATA LALUAN yang telah didaftarkan.
  • Klik LOG MASUK.
  • Skrin anda akan menunjukkan paparan permohonan atau semakan.

Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih

Semakan Yang Boleh Dibuat

Anda boleh menyemak beberapa maklumat di LPPSA MyFinancing iaitu :

  • Maklumat Pembiayaan
  • Maklumat Permohonan
  • Maklumat Ansuran Bulanan
  • Maklumat Tunggakan
  • Maklumat Pengeluaran
  • Maklumat Hebahan LPPSA
  • Aduan & Pertanyaan

Info & Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan inginkan info selanjutnya mengenai aplikasi ini, anda boleh terus hubungi LPPSA melalui saluran :

  • Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600
  • Laman web : LPPSA

Nota : Untuk makluman, talian Pusat Panggilan sangat sibuk pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang dan 2.30 Petang sehingga 4.00 petang. Oleh itu LPPSA menggalakkan panggilan dibuat di luar waktu sibuk.