Info Kerjaya Malaysia

Cara Mudah Semak Penyata ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter ASB atau Bank

5,260

Bagi penyimpan dan pelabur Amanah Saham Bumiputera atau singkatannya ASB, hujung tahun begini tentulah masa yang ditunggu-tunggu untuk ‘menuai’ hasil pelaburan.

Bila masuk tahun baru, ramailah yang akan beratur untuk tengok penyata kewangan masing-masing di kaunter ASB, bank-bank, atau kiosk ASB yang lain seperti pejabat pos.

Sebenarnya lebih mudah kalau kita daftar MyASNB dan buat semakan secara online pada bila-bila masa.

Caranya mudah saja. Jom kita tengok langkah demi langkah di bawah.

CARA DAFTAR MYASNB UNTUK SEMAKAN ASB ONLINE

Bagi yang masih tertanya-tanya, ASNB kini telah menyediakan perkhidmatan online di mana anda boleh:

i) menyemak baki terkini

ii) membuat pelaburan tambahan

iii) melihat penyata tahunan

Tapi sebelum membuat mana-mana aktiviti di atas, pengguna perlu mendaftar sebagai pengguna MyASNB.

Terdapat 4 langkah mudah untuk mendaftar MyASNB.

Cara Semak Penyata ASB Secara Online

Berikut adalah cara daftar MyASNB untuk mengaktifkan dan menikmati kemudahan online bagi akaun ASB anda.

1. KEMASKINI NOMBOR TELEFON

Pertama sekali, pastikan nombor telefon anda yang terkini telah dikemaskini dan berada dalam rekod pihak ASNB.

Ini penting bagi memastikan nombor sekuriti atau TAC dihantar ke nombor yang betul.

2. BUKA LAMAN WEB MYASNB

Seterusnya layari www.myasnb.com.my

Klik bahagian ‘Daftar di sini’.

Baca terma dan syarat dan tandakan ‘Setuju’ untuk meneruskan proses pendaftaran.

Cara Semak Penyata ASB Secara Online

2. ISI MAKLUMAT

Sekarang isikan maklumat asas yang diminta seperti berikut.

Cara Semak Penyata ASB Secara Online

3. PENGESAHAN

Setelah mengisi maklumat, semak nombor telefon yang tertera dan klik ‘Permintaan TAC’.

Kod TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda dan masukkan nombor tersebut untuk proses seterusnya.

Cara Semak Penyata ASB Secara Online

4. DAFTAR AKAUN

Sekarang isikan maklumat untuk akaun online anda seperti username, password beserta beberapa soalan keselamatan.

Cara Semak Penyata ASB Secara Online

5. SIMPAN KATA LALUAN SEMENTARA

Selepas semua maklumat diisi dengan lengkap, anda akan diberi password sementara untuk login kali pertama.

Gunakan password ini sekali saja masa nak login kali pertama. Lepas dah dapat login nanti, tukarkan kepada password yang dicipta sendiri OK.

Cara Semak Penyata ASB Secara Online

OK, tadi kita dah siap daftar, sekarang kita nak login dan semak baki dalam ASB. Bagi yang pertama kali baru nak login atau dah lupa cara nak login, boleh ikut cara di bawah ini ya.

CARA SEMAK BAKI & PENYATA AKAUN ASB YANG TELAH DIDAFTARKAN

1. LOGIN

Macam biasa, mula-mula kita pergi ke laman web www.myasnb.com.my dan cari bahagian ‘Log Masuk’. Klik di situ.

Cara Semak Penyata ASB Secara Online

2. MASUKKAN ID

Lepas itu bolehlah masukkan username atau ID yang didaftarkan tadi.

Bagi yang dah lama daftar dan terlupa, dekat bawah tu ada pilihan ‘Lupa ID Pengguna’. Boleh klik dekat situ kalau tak ingat, mereka akan bagi kita buat semula ID yang baru.

Cara Semak Penyata ASB Secara Online

3. MASUKKAN KATA LALUAN SEMENTARA

Tadi masa dah selesai daftar, ada diberi password sementara kan? Sekarang masukkan password sementara tu di bahagian yang tertera.

Kemudian taipkan frasa keselamatan dengan betul. Check betul-betul kalau ada tertekan caps lock, sebab nanti boleh silap pula.

Cara Semak Penyata ASB Secara Online

4. KEMASKINI KATA LALUAN BARU

Sekarang, tukar password sementara tadi kepada password baru pilihan anda.

Lagi panjang password tu, lagi eloklah. Tapi jangan panjang sangat sampai kita sendiri susah nak ingat! Password yang kita pilih tu boleh mengandungi huruf kecil dan nombor.

Cara Semak Penyata ASB Secara Online

5. DAH BOLEH SEMAK BAKI & PENYATA

Ok, bila dah settle password tadi, dah bolehlah semak baki, penyata dan kalau nak buat pelaburan tambahan pun boleh. Dia akan link kepada akaun bank online kita dan transfer amaun yang kita nyatakan untuk disimpan di ASB. Kalau kita daftarkan akaun ASB anak atas nama kita, kita boleh check sekali dan buat urusniaga yang sama untuk anak.

Mudah kan?

Semak ASB Online

TAK PAYAH BERATUR PANJANG LAGI!

Jadi lepas ni kita bolehlah semak akaun ASB bila-bila masa saja setiap hari. Tak perlu beratur lagi nak tengok dividen. Semuanya boleh buat secara online kecuali pengeluaran wang. Simpan dekat ASB selamatlah sikit duit kita tu daripada online shopping kan?

OK semoga post ini membantu anda yang nak mendaftar MyASNB dan semakan ASB online.

close-image