Info Kerjaya Malaysia

Cara Daftar Tuntutan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2020

31,259

Daftar Tuntutan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2020.

Dalam pembentangan Belanjawan lepas, kerajaan Persekutuan telah mengumumkan insentif untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 terutamanya dalam aspek kesihatan.

Insentif yang dimaksudkan adalah Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam yang akan bermula pada tahun ini. Skim ini diwujudkan khas untuk memastikan kesihatan rakyat Malaysia terutama sekali golongan B40 sentiasa terjaga. Pendaftaran MySalam untuk bukan penerima BSH juga telah di buka. Terus baca Pendaftaran MySalam M40 Untuk Bukan Penerima BSH.

Terbaru kerajaan juga telah mengumumkan mereka yang dimasukkan wad disebabkan oleh virus Covid-19 boleh buat tuntutan elaun hospital RM50 sehari sehingga 14 hari setahun. Jadi sila ambil peluang ini untuk daftar skim MySalam ini.

mysalam covid

Baca juga: Semakan eGumis Online Wang Tak Dituntut

Dalam Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 akan menerima perlindungan insurans serta takaful secara percuma. Bukan itu sahaja, golongan yang layak akan turut menerima rawatan bagi beberapa jenis penyakit kritikal.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam dan bagaimana untuk mendaftarnya? Dalam artikel ini kami akan kongsikan Cara Mendaftar Tuntutan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2020 sebagai panduan buat anda.

Cara Mendaftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2020

DANA YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KERAJAAN UNTUK SKIM MYSALAM

Bagi merealisasikan Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini, kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2 bilion.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan ketika membentangkan insentif tersebut. Peruntukan dana yang banyak untuk Skim MySalam ini diharapkan dapat mengurangkan beban golongan B40 yang menghidap penyakit untuk membayar kos rawatan.

Baca juga: Tarikh Pembayaran BSH 2020

Sama juga konsepnya seperti Bantuan Sara Hidup, kerajaan telah menyasarkan skim ini mampu memberi manfaat kepada 4.1 juta golongan B40 yang terdiri daripada individu berusia antara 18-55 tahun.

MANFAAT YANG BAKAL DITERIMA MELALUI SKIM MYSALAM

Sebenarnya, melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam, golongan sasar bukan sahaja memperoleh insurans dan menerima rawatan untuk penyakit kronik secara percuma.

Malah, banyak lagi manfaat atau faedah lain yang bakal diterima oleh golongan sasar. Berikut kami kongsikan kesemua manfaat yang bakal diterima oleh golongan sasar melalui Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam.

  • Mendapat rawatan untuk 36 jenis penyakit kritikal
  • Golongan sasar akan menerima bayaran sehingga RM8000. Bayaran tersebut akan diagihkan mengikut kadar yang bakal diumumkan.
  • Menerima bayaran harian sebanyak RM50 sehari dan bersamaan RM700 sebulan.

TARIKH PENDAFTARAN DIBUKA

Untuk anda yang layak bolehlah mula mendaftar Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam ini apabila pendaftarannya dibuka kelak. Berikut merupakan tarikh pendaftaran untuk skim ini dibuka

  • Tarikh Pendaftaran Skim MySalam Dibuka: Mulai 1 Mac 2020

CARA MENDAFTAR SKIM MYSALAM

Untuk makluman anda, pendaftaran bagi Skim Perlindungan Nasional B40 MySalam 2020 boleh dibuat secara online.

Bagi tujuan pendaftaran juga, anda tidak memerlukan sebarang pengesahan pemeriksaan kesihatan.

Untuk pendaftaran anda boleh terus ke Portal MySalam melalui pautan yang disediakan diakhir artikel ini.

TUNTUTAN MYSALAM SKIM PERLINDUNGAN B40

Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara membuat tuntutan mySalam 2019.

  • Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
  • Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
  • Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
  • Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
  • Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
  • Klik “Submit” untuk hantar tuntutan

Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2020.

SENARAI PENYAKIT-PENYAKIT YANG MENDAPAT PERLINDUNGAN

Kerajaan telah mengumumkan perlindungan dan memberi rawatan secara percuma kepada golongan sasar yang menghidap beberapa jenis penyakit kritikal. Terdapat 36 jenis penyakit yang dijanjikan perlindungan tersebut. Berikut dikongsikan senarai 36 penyakit tersebut.

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Pelecuran Tahap Ketiga

Untuk maklumat lanjut tentang Skim Perlindungan Nasional B40 ini, anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke [email protected]

Bagi penerima bukan BSH, sila klik pautan “Bukan Penerima BSH” di laman utama untuk daftar. Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk mySalam yang terdekat

Untuk maklumat lanjut anda boleh sahaja terus ke Portal MySalam melalui pautan di bawah:

PORTAL MYSALAM

close-image