Pendaftaran Skim MySalam Untuk M40 Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup (BSH) Kini Di Buka

4,216

Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar Skim MySalam Perlindungan Kesihatan Masyarakat.

Di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Skim mySalam turut diberikan perhatian oleh Perdana Menteri. Di mana pesakit boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari dan manfaat yang sama akan diterima golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

Baca: Pendaftaran dan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Penerima Bantuan Sara Hidup Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup
  1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  1. Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Kategori BSH

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital university.

Kategori Bukan BSH

Penerima BSH dan Penerima Bukan BSH yang layak di bawah Skim ini juga layak untuk bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 14 hari kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, universiti atau tentera.

Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kerjasama ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Sebagai permulaan, Skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana mereka dilindungi di bawah Skim ini.

Senarai Penyakit Yang Mendapat Perlindungan MySalam

Kerajaan telah mengumumkan perlindungan dan memberi rawatan secara percuma kepada golongan sasar yang menghidap beberapa jenis penyakit kritikal. Terdapat 36 jenis penyakit yang dijanjikan perlindungan tersebut. Berikut dikongsikan senarai 36 penyakit tersebut.

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Pelecuran Tahap Ketiga

Bagaimana Daftar Skim MySalam?

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di [email protected] atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Bagi penerima bukan BSH, sila klik pautan “Bukan Penerima BSH” di laman utama untuk daftar. Anda juga boleh semak kelayakan di kiosk-kiosk mySalam yang terdekat

Untuk maklumat lanjut anda boleh sahaja terus ke Portal MySalam melalui pautan di bawah:

PORTAL MYSALAM

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image