Sekolah Memandu, Perkhidmatan Latihan, Uji Pemandu dibuka Semula 1 Jun

4,899

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka semula sektor perkhidmatan latihan dan pengujian pemandu berkuat kuasa 1 Jun depan.

JPJ dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan operasi institut memandu akan dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan waktu operasi bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.

“Sehubungan itu, perkhidmatan yang dibenarkan adalah latihan pemanduan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) 01, 02 dan 03.

“Seterusnya, perkhidmatan praujian pemanduan (QTI), ujian teori dan praktikal (litar dan jalan raya) selain ujian undang-undang berkomputer di pusat ujian diiktiraf JPJ,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kakitangan dan orang awam berkaitan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selaras saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan COVID-19.

“Semua pihak terbabit diingatkan supaya mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dengan mengamalkan normal baharu termasuk amalan penjarakan sosial dan penggunaan cecair pembasmi tangan serta pelitup muka.

“JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dan sentiasa berpadu tenaga untuk memutuskan rantai penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image