Cara Buat Caruman KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri. Langkah Demi Langkah

45,795

Caruman KWSP

Jika anda bekerja sendiri dan ingin membuat simpanan untuk skim persaraan anda pada masa akan datang, anda boleh membuat caruman simpanan melalui KWSP.

Baca juga: Bagaimana Buka Akaun Maybank Tanpa Introducer

Tidak tahu cara untuk membuat caruman ini? Anda boleh ikuti perkongsian ini untuk tahu cara-cara membuat caruman KWSP bagi anda yang bekerja sendiri.

i-Saraan

Bagi anda yang ingin membuat caruman, pakej yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada anda ialah Skim i-Saraan.

Melalui i-Saraan ini, anda akan mendapat 15% daripada jumlah caruman tahunan atau RM250 (maksimum) daripada pihak kerajaan.

Caruman KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendaftar i-Saraan iaitu :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Orang yang bekerja sendiri.
  • Telah membuat pilihan i-Saraan dengan Borang KWSP 16G(M).
  • Ahli KWSP.

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk mendaftar i-Saraan ini, anda perlu melampirkan dokumen seperti berikut :

  • MyKad.
  • Bayaran melalui cek, wang tunai dan secara online.
  • Borang i-Saraan : KWSP 16G(M) (Pendaftaran kali pertama).

Had Bayaran

  • Tiada had bayaran minimum tidak kira sama ada RM10, RM50 atau RM100.
  • Had bayaran maksimum pula RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela.

Cara Dan Saluran Pembayaran

Caruman KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri

Maklumat Tambahan

  • Jika sebelum ini anda sudah mempunyai i-Akaun, tidak perlu buat i-Akaun baru.
  • Pastikan 2 bulan sebelum pendaftaran i-Saraan, tiada sebarang caruman dari pihak majikan.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan dan ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai skim i-Saraan, anda boleh hubungi :

Caruman KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image