Info Kerjaya Malaysia

Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Anda Ditolak

1,623

Pinjaman Perumahan Di Tolak

Tidak kiralah anda pekerja swasta atau kerajaan, pasti ada sebab tertentu yang menyebabkan pinjaman perumahan anda ditolak oleh pihak bank walaupun anda merasakan anda mempunyai kelayakan yang kukuh.

Jika anda tidak pasti mengapa pinjaman perumahan anda ditolak, anda boleh meneliti 6 sebab utama yang disenaraikan disini.

Baca Bagaimana Beli Rumah Dengan Permohonan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

6 Sebab Utama Pinjaman Perumahan Pekerja Swasta Dan Kerajaan Di Tolak

Anda boleh meneliti 6 sebab utama pinjaman perumahan anda ditolak seperti berikut :

  • Bankrap/muflis
  • Pendapatan/ Kerja tidak tetap
  • Skor kredit kurang memuaskan
  • Rekod buruk pembayaran pinjaman
  • Pinjaman melebihi kemampuan
  • Gagal melampirkan dokumen penting

1. Bankrap / Muflis

Secara lazimnya, jika pemohon yang pernah diisytiharkan muflis, secara automatik tidak layak mendapat sebarang pinjaman daripada pihak bank.

Senarai muflis akan diterbitkan oleh CTOS yang mendapat sumber dari pelbagai pihak manakala CCRIS pula hanya mempunyai rekod muflis yang dikeluarkan oleh pihak bank sahaja.

Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Di Tolak

2. Pendapatan/ Kerja tidak tetap

Mempunyai kerja serta pendapatan tetap merupakan faktor penting yang akan diteliti oleh pihak bank kerana ia merupakan satu jaminan kepada pihak bank bahawa anda boleh membuat pembayaran balik pinjaman.

Ia juga disokong oleh dokumen seperti slip gaji 3 hingga 6 bulan terkini mengikut terma dan syarat yang telah dtetapkan.

Bagi peniaga pula,penting untuk menunjukkan keuntungan secara konsisten melalui penyata bulanan bank anda.

3. Skor kredit kurang memuaskan

Skor kredit daripada CCRIS juga memainkan peranan yang penting untuk membuat pinjaman perumahan. Ia menganalisis corak pembayaran pemohon sama ada pemohon berkomitmen membuat bayaran balik pinjaman atau sebaliknya.

Corak penilaian CCRIS adalah seperti berikut :

  • Penggunaan kad kredit dengan jumlah yang tinggi
  • Kad kredit baru daftar untuk mendapatkan pinjaman tinggi dalam tempoh yang singkat
  • Corak pembayaran balik pinjaman (tempoh 12 bulan lepas)
  • Rekod pinjaman tidak bercagar / pinjaman peribadi
  • Rekod kredit dalam CCRIS
  • Kegunaan kad kredit yang melebihi jumlah had kredit

Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Di Tolak

4. Rekod buruk pembayaran pinjaman

Antara sebab pinjaman perumahan anda ditolak adalah kegagalan anda membuat bayaran balik pinjaman seperti pinjaman pembelian kereta, peribadi dan kad kredit selama 3 hingga 6 bulan berturut.

Baca Cara Buat Loan Rumah Pasti Lulus, Biar Dokumen Cantik Kali Pertama Apply

Jika ada bayaran hutang yang tertunda, dinasihatkan agar melangsaikan semua hutang tersebut agar tiada masalah untuk pinjaman perumahan anda. Ini kerana pihak bank mempeolehi rekod melalui CCRIS yang dikendalikan oleh pihak Bank Negara Malaysia.

5. Pinjaman melebihi kemampuan 

Pemohon harus mengetahui nisbah hutang kepada pendapatannya untuk memastikan permohonan dapat diluluskan.

Skor nisbah yang sesuai dan cantik adalah antara 60%-70%.

Anda boleh membuat pengiraan kemampuan anda menggunakan formula berikut :

Jumlah Hutang ÷ Pendapatan Bersih = Nisbah Hutang

Nota : Pendapatan Bersih = Pendapatan Kasar – PCB – KWSP – PERKESO

6. Gagal melampirkan dokumen penting

Berikut adalah dokumen penting yang perlu dilampirkan tanpa gagal ketika membuat pinjaman perumahan :

Pekerja Swasta / Kerajaan

  • Salinan kad pengenalan.
  • Slip gaji 3 bulan terkini.
  • Penyata bank 3 bulan terkini.
  • Penyata tahunan KWSP.
  • EA Form (jika perlu).
  • Surat pengesahan / Confirmation letter daripada tempat bekerja.
  • Dokumen sokongan seperti penyata ASB, tabung haji dan lain-lain.

Bekerja Sendiri

  • Salinan kad pengenalan.
  • Sijil perniagaan (SSM).
  • Borang B beserta resit cukai.
  • Penyata akaun semasa 6 bulan terkini (Audit 2 tahun).

Kegagalan melampirkan dokumen tersebut boleh menyebabkan permohonan anda ditolak oleh pihak bank.

Pekerja Swasta dan Kerajaan Ini Sebab Utama Pinjaman Perumahan Di Tolak

Jadi, sebelum anda membuat pinjaman perumahan, semak setiap keperluan yang diperlukan oleh pihak bank dan juga tahap kemampuan anda. Perbaiki kekurangan yang ada untuk mendapatkan rumah impian anda. Semoga berjaya.

close-image