Info Kerjaya Malaysia

Scammer Guna Whatsapp Dan Pakai Nama ASNB Tawarkan Pelaburan Palsu

157

ASNB Tidak Pernah Menawarkan Pelaburan Melalui Whatsapp

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang ditawarkan melalui Whatsapp dan menggunakan ama serta logo daripada ASNB.

Berdasarkan pernyataan daripada pihak ASNB, mereka tidak pernah membuat tawaran pelaburan kepada orang ramai melalui aplikasi Whatsapp.

Sila baca perkongsian ini supaya anda tidak terpedaya dengan taktik dan helah daripada scammer yang menggunakan nama ASNB untuk menipu anda.

Kenyataan Akhbar ASNB

Anda boleh mendapatkan penafian ASNB berkaitan perkara ini seperti kenyataan akhbar yang dikeluarkan ini :

Scammer Guna Whatsapp Dan Pakai Nama ASNB Tawarkan Pelaburan Palsu

Scammer Guna Whatsapp Dan Pakai Nama ASNB Tawarkan Pelaburan Palsu

Modus Operandi Scammer

Scammer akan menggunakan taktik berikut untuk menarik perhatian orang ramai membuat pelaburan dengan mereka :

  • Scammer akan memaklumkan bahawa mangsa akan mendapat pulangan luar biasa dalam tempoh yang singkat.
  • Sekiranya mangsa berminat, mereka hanya perlu memasukkan pelaburan mereka dengan memindahkan wang secara dalam talian ke dalam akaun bank yang dinyatakan menerusi mesej tersebut.
  • Scammer akan menyatakan bahawa pelaburan berkenaan melibatkan sektor minyak, pasaran saham serta mata wang.
  • Mangsa tidak perlu membuat kerja yang teruk dan hanya menunggu pulangan pelaburan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun mangsa.

Tiada Perlantikan Ejen Atau Wakil ASNB

Pihak ASNB juga tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menawarkan sebarang pakej pelaburan kepada orang ramai melalui aplikasi Whatsapp.

Jadi, sekiranya anda mendapat Whatsapp yang menawarkan pelaburan mengenai ASNB, abaikan sahaja mesej tersebut dan diharap anda tidak menerima tawaran yang ditawarkan.

Pelaburan ASNB

Jika anda benar-benar ingin membuat pelaburan dengan ASNB, anda boleh terus ke kaunter ASNB yang berdekatan atau anda boleh membuat pelabiran secara online di portal rasmi ASNB yang sah.

Portal rasmi untuk pelaburan ASNB secara online adalah seperti berikut :

Scammer Guna Whatsapp Dan Pakai Nama ASNB Tawarkan Pelaburan Palsu

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui mengenai perkara ini serta pelaburan ASNB yang sah, anda boleh hubungi :

close-image