Info Kerjaya Malaysia

Rumah Kontena Kini Jadi Kediaman Pilihan Alternatif Di Malaysia

2,195

Rumah Kontena Kini Jadi Kediaman Pilihan Alternatif Di Malaysia

Kebanyakan rakyat Malaysia boleh menerima konsep yang mudah dan simple tentang restoren yang menggunakan kontena sebagai premis perniagaan mereka. Malahan ada pengusaha homestay dan kedai runcit juga menggunakan kontena untuk dijadikan premis perniagaan masing-masing.

Baca: Panduan Asas Mesti Boleh Beli Rumah Pertama Sesuai Untuk Golongan Bujang & Berkeluarga

Namun tahukah anda kontena boleh diubah suai dan menjadi kediaman anda? Ini adalah kerana bajet yang digunakan adalah jauh lebih murah daripada bajet untuk membina sebuah rumah biasa.

Faktor Kontena Menjadi Kediaman Alternatif

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan kontena sebagai salah satu alternatif pilihan kediaman anda. Antaranya ialah :

1. Bahan binaan yang kukuh

Sudah pasti kontena sangat kukuh binaannya kerana telah direka khas untuk tahan lasak, sesuai dengan pelbagai cuaca dan boleh menanggung beban yang berat.

Oleh itu, kontena sangat kukuh untuk dijadikan kediaman. Bagi anda yang ingin membina rumah bertingkat, anda boleh memeriksa terlebih dahulu keadaan kontena yang akan digunakan sebelum anda membelinya.

Rumah Kontena Kini Jadi Kediaman Pilihan Alternatif Di Malaysia

2. Proses pembinaan yang cepat

Ini kerana pemaju hanya perlu melakukan perkara yang asas sahaja kerana kontena telah siap dengan dinding dan perlu menyusun kedudukan kontena serta lantainya sahaja.

Jadi, rumah kontena anda cepat disiapkan berbanding rumah yang dibeli dengan pemaju yang memakan masa bertahun-tahun dan mempunyai risiko yang lain-lain.

3. Tidak merosakkan alam semulajadi

Membina rumah menggunakan kontena tidak merosakkan alam semulajadi kerana anda tidak perlu merosakkan alam semulajadi seperti menebang pokok, mengorek tanah dan sebagainya.

Anda hanya perlu meletakkan kontena anda pada tapak kediaman anda dan lakukan ubahsuai dibahagian dalam rumah anda sahaja.

Malahan dengan menggunakan semula kontena merupakan satu cara mesra alam kerana menggunakan semula besi keluli yang terpakai.

Rumah Kontena Kini Jadi Kediaman Pilihan Alternatif Di Malaysia

4. Unik

Sudah pasti kediaman anda adalah kediaman yang unik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Ini kerana kediaman anda dibuat menggunakan kontena dan dihias dengan cantik dan diubahsuai dengan cantik dan kreatif.

5. Kos yang rendah

Pasti anda tidak pening kepala untuk memikirkan tentang kos untuk menyiapkan rumah kontena anda. Kos yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 dan sudah pasti anda dapat memiliki rumah anda sendiri dengan kos yang sangat murah.

Baca juga: Cara Buat Loan Rumah Pasti Lulus, Biar Dokumen Cantik Kali Pertama Apply

Harga terkini kontena terpakai adalah antara RM5300 hingga RM7700 mengikut keluasan kontena tersebut. ( Sumber : Kontena Terpakai )

Dan anda boleh menggunakan wang lebihan anda untuk membuat pengubahsuaian dan dekorasi rumah.

Rumah Kontena Kini Jadi Kediaman Pilihan Alternatif Di Malaysia

Kos Pembinaan Rumah Kontena

Terdapat 3 bahagian kos untuk pembinaan rumah kontena iaitu :

1. Pembelian tanah

Sekiranya anda sudah mempunyai tanah untuk dijadikan tapak rumah, ini sangat menjimatkan anda. Tetapi bagaimana pula bagi yang tidak mempunyai tanah untuk dijadikan tapak rumah?

Anda perlu membuat pembelian tanah sebelum anda membeli kontena dan siapkan rumah kontena anda.

Untuk mendapatkan harga tanah terkini, anda boleh bertanya pada pejabat tanah yang terdekat dengan anda untuk jawapan yang tepat.

Anda boleh mendapatkan tanah dikawasan luar bandar sekiranya harga tanah dikawasan yang anda inginkan sangat tinggi.

2. Harga kontena

Harga kontena yang baru adalah dalam lingkungan RM25,000 manakala untuk harga kontena terpakai pula RM5300 hingga RM7700.

Dapatkan kontena yang bersesuian dengan yang anda inginkan dan anda boleh mencari melalui laman web berikut :

3. Kos perbelanjaan lain

Terdapat kos untuk perbelanjaan lain seperti :

  • Perataan tanah dan utiliti : RM8,000
  • Bumbung : RM4,000
  • Tandas dan pemasangan dapur : RM3,000
  • Pemagaran dan landskap : RM2,000
  • Pewayaran elektrik dan pemasangan penyaman udara : RM2,000
  • Kemahiran kerja : RM5,000
  • Menaik taraf ke tingkat dua : RM6,000
  • Pembinaan tangga : RM1,500

Nota : Harga di atas adalah harga anggaran kasar berdasarkan perbelanjaan pemilik rumah kontena sebelum ini. Harga boleh berubah mengikut harga semasa.

Langkah Pembinaan Rumah Kontena

Berikut adalah beberapa langkah pembinaan rumah kontena :

1. Dapatkan kontena yang sesuai

Penting untuk anda mendapatkan kontena yang sesuai sebelum anda membina rumah kontena. Dapatkan saiz yang sesuai serta pastikan kontena anda berada dalam keadaan yang baik.

2. Membuat perancangan teliti

Rancang dengan teliti apa yang perlu anda lakukan selepas mendapat kontena anda. Rancang reka bentuk  dalaman rumah, pastikan jumlah kontena yang diperlukan dan konsep rumah kontena anda.

Dapatkan nasihat daripada orang yang pakar seperti pereka dalaman rumah, tukang rumah dan jurutera yang profesional supaya anda tidak mengalami masalah dikemudian hari.

Jangan lupa untuk merancang pemasangan dawai dan wayar dengan betul dan pemasangan paip untuk bilik air anda.

3. Membuat kaji selidik

Buat sedikit kajian tentang :

  • Kos
  • Permit
  • Sekatan rumah kontena

Pastikan anda mendapat maklumat mengenai perkara diatas sebelum sebarang kerja pembinaan dijalankan. Dapatkan maklumat lanjut dan kepastian daripada pejabat majlis perbandaran terdekat berkenaan pembinaan rumah kontena.

4. Tetap asas tapak pembinaan

Kukuhkan dahulu tanah yang anda akan gunakan untuk pembinaan rumah kontena anda. Ini adalah untuk memastikan rumah anda kekal kukuh dengan lebih lama dan terjamin. Dapatkan khidmat kontraktor yang profesional untuk menstabilkan rumah anda dan keluarkan sedikit belanja untuk bahan yang berkualiti supaya rumah anda kekal tahan lebih lama.

5. Pasang bingkai

Mulakan proses memasang bingkai tingkap dan pintu rumah anda. Rancang dengan teliti sebelum bingkai tingkap dan pintu rumah anda dipasang kerana agak susah untuk diubah sekiranya berlaku kesilapan.

6. Lakukan pemeriksaan wajib

Sebelum anda tinggal di dalam rumah kontena, minta pegawai majlis perbandaran dan Bomba di kawasan anda untuk membuat pemeriksaan wajib rumah tersebut. Melalui pemeriksaan ini, mereka akan memastikan sama ada rumah tersebut selamat atau tidak untuk dihuni.

Jika terdapat sebarang teguran daripada pihak tersebut terutamanya berkaitan keselamatan seperti sistem pengudaraan, sistem wayar dan kabel, sila lakukan penambahbaikan seperti yang disarankan. Ini kerana ia melibatkan keselamatan nyawa anda.

Rumah Kontena Kini Jadi Kediaman Pilihan Alternatif Di Malaysia

Diharap perkongsian ini memberi anda idea untuk membina rumah alternatif menggunakan kontena dengan mengikut cara yang betul dan selamat. Selamat mencuba.

close-image