Sila Rujuk Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BSH Ini Untuk Permohonan Rayuan Secara Walk-In

13,375

Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BSH

Adakah anda ingin membuat rayuan BSH secara walk-in di kaunter Cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM yang terdekat dengan anda? Jika ya, pastikan anda pergi pada hari dan masa yang betul supaya urusan anda berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Untuk pengetahuan anda juga, hari ini 7 Ogos 2020 merupakan hari pertama untuk pemohon yang tidak berjaya mendapat BSH untuk membuat rayuan.

Sebelum itu, tarikh pembayaran BSH Fasa 3 telah pun dilaksanakan pada 24 Julai 2020 dan pemohon yang berjaya turut menerima manfaat bantuan tambahan sebanyak RM120 setiap anak dengan maksimum 4 orang anak bagi satu keluarga.

Untuk mengemaskini permohonan baru BHS Fasa 3 dengan lebih lanjut, klik sini dan muat turun borang anda disini.

Sila Rujuk Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BSH Ini Untuk Permohonan Rayuan Secara Walk-In

Rayuan BSH Fasa 3

Sila pastikan anda rujuk Checklist Senarai Dokumen Rayuan BSH ini dahulu sebelum membuat rayuan BSH.

Anda boleh membuat rayuan mulai hari ini 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020 dan anda boleh membuat rayuan seperti :

Nota : Sila bawa dokumen berikut sebelum hadir ke kaunter Cawangan LHDNM :

  • Salinan MyKad sendiri
  • Salinan MyKad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan

Download Borang Rayuan

Sebelum anda ke kaunter Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat hasil )PKH)/UTC, anda boleh download borang permohonan rayuan BSH disini dahulu. Lengkapkan dan bawa ke kaunter Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat hasil )PKH)/UTC yang berdekatan.

DOWNLOAD SEKARANG

Anda juga tidak layak membuat permohonan rayuan BSH 2020 sekiranya tidak memenuhi syarat permohonan BSH seperti :

  • Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  • Menetap di luar negara
  • Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  • Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  • Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  • Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  • Pemegang saham / pengarah syarikat
  • Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  • Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  • Memiliki motosikal melebihi 500cc
  • Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Untuk semakan maklumat berkaitan BSH, anda juga boleh semak dan rujuk disini sahaja.

Sila Rujuk Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BSH Ini Untuk Permohonan Rayuan Secara Walk-In

Jadual Pembukaan Kaunter Rayuan BSH Ini Untuk Permohonan Rayuan Secara Walk-In

Sebelum anda pergi ke kaunter rayuan BSH, sila rujuk jadual pembukaan kaunter rayuan BSH ini dahulu :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut berkaitan permohonan rayuan BSH 2020, anda boleh menghubungi LHDNM di saluran berikut :

  • Telefon : 1-800-88-2747
  • Facebook : LHDNM
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image