Permohonan Rumah PPR, MyHome Dan Rumah Transit Online Melalui Portal TEDUH

2,336

Portal TEDUH

Untuk makluman anda, Portal TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.

Selain itu, TEDUH merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyediakan saluran rasmi bagi maklumat perumahan kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun dan pemaju swasta.

Permohonan Rumah PPR, MyHome Dan Ruah Transit Online Melalui Portal TEDUH

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah PPR, MyHOME dan Rumah Transit

Sebelum membuat permohonan, anda boleh semak kelayakan mengikut kategori berikut :

Projek Perumahan Rakyat (PPR)

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan.
  • Pemohon belum memiliki rumah.
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri.

Rumah Transit

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun hingga 30 tahun.
  • Pemohon telah berkahwin.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri dikawasan atau negeri rumah transit yang dimohon.
  • Bekerja dikawasan atau negeri rumah transit yang dimohon.
  • Mempunyai pedapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah.

MyHOME

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. isi rumah adalah kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah tidak layak.
  • Mempunyai pendapatan isi umah RM10,000 ke bawah.

Cara Membuat Permohonan Rumah PPR, MyHome Dan Rumah Transit Online

Untuk membuat permohonan secara online, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

SPRN

  • Klik DAFTAR AKAUN.
  • Masukkan NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN dan EMEL. Klik DAFTAR.
  • Semak emel dan lihat link pautan untuk pengaktifan akaun anda.
  • Masukkan KATA LALUAN dan klik SIMPAN.
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN anda.
  • Klik LOG MASUK

Selesai mendaftar,

  • Masuk ke sistem SPRN.
  • Klik PILIH SKIM.
  • Baca syarat dan klik YA untuk teruskan.
  • Lengkapkan pada bahagian MAKLUMAT PEMOHON, PENDAPATAN, TANGGUNGAN dan klik SIMPAN.
  • Klik PROJEK untuk memohon projek di negeri yang anda berminat.
  • Klik MOHON UNIT, YA dan muat naik DOKUMEN SOKONGAN.
  • Klik PENGESAHAN untuk hantar permohonan anda. Klik SAH & HANTAR PERMOHONAN. 
  • Klik KEMASKINI PERMOHONAN jika anda ingin mengemaskini permohonan anda.
  • Siap.

Manual Pengguna

Manual Pengaktifan Akaun SPRN

Manual SPRN 2.0

Borang Permohonan Rumah PPR Online Mengikut Negeri

Untuk membuat permohonan rumah PPR secara online mengikut negeri, klik pautan untuk membuat permohonan dan permohonan secara manual boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat Bahagian Perumahan Negeri tersebut.

Pertanyaan & Info Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan Permohonan Rumah PPR, MyHome dan Rumah Transit Online melalui Portal TEDUH, sila hubungi :

  • Jabatan Perumahan Negara
    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 62100 Putrajaya

Skim PPR 

  • 03-88914052 : Selangor, Melaka, Johor & Negeri Sembilan.
  • 03-88914278 : Kuala Lumpur, Sabah & Sarawak.
  • 03-88914028 : Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang & Terengganu.

Skim Rumah Transit

  • Skim Rumah Transit : 03-88914290 / 4083 / 3977

Skim MyHome

  • Skim MyHome : 03-8891 4014 / 4016 / 4020 / 4062 / 4027 / 4054 / 4017 / 4010
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image