Info Kerjaya Malaysia

Terkini, RM300 Sebulan Untuk Nelayan. Elaun Sara Hidup Kini Dinaikkan

2,070

Terkini, RM300 Sebulan Untuk Nelayan. Elaun Sara Hidup Kini  Dinaikkan

Berita gembira buat para nelayan dimana pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan semula kadar Elaun Sara Hidup Nelayan dari RM250 sebulan kepada RM300 sebulan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban golongan nelayan yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-29 yang melanda negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sejumlah RM21.1 juta diperuntukkan bagi pembayaran elaun itu yang akan memanfaatkan 7,581 nelayan.

Terkini, RM300 Sebulan Untuk Nelayan. Elaun Sara Hidup Kini Dinaikkan

“Semasa Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, Parti Warisan Sabah (WARISAN) sebahagian daripada PH dan Elaun Sara Hidup nelayan sebanyak RM300 dipotong menjadi RM250.

“Hari ini, saya umumkan, kita kembalikan semula bayaran tunai RM300 setiap bulan, supaya dapat meringankan beban yang ditanggung sektor perikanan.”

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Peruntukan Lain

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengumumkan :

  • Peruntukan bantuan khas, khususnya untuk kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, di bawah Skim Subdisi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma berjumlah RM40.34 juta.
  • Kadar dividen sebanyak 8.1 peratus bagi Dana Peladang Kebangsaan untuk 2019, dengan keseluruhan agihan dividen sebanyak RM7.7 juta.
  • Agihan itu diberikan selepas Dana Peladang Kebangsaan di Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memperoleh keuntungan sebanyak RM9.3 juta bagi tahun 2019.

     

Terkini, RM300 Sebulan Untuk Nelayan. Elaun Sara Hidup Kini Dinaikkan

close-image