RM20,000 Bayaran Melalui Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas JKM. Cara Mohon Dan Semakan Kelayakan Disini
RM20,000 Bayaran Melalui Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas JKM
Tahukah anda sekiranya anda di serang binatang buas, anda boleh membuat permohonan wang bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akibat serangan tersebut berdasarkan syarat dan kategori tertentu.
Tujuan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas ini adalah bertujuan membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas.
Syarat Kelayakan Permohonan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas JKM
Antara syarat kelayakan bagi permohonan Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas JKM ialah :
Mangsa atau waris serangan binatang buas yang telah dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara seperti berikut :
- Gajah
- Seladang
- Babi Hutan
- Beruang
- Harimau
- Ular Sawa
- Ular-ular Berbisa
- Primat (Beruk, Kera Siamang, Ungka, Lotong & Kongkang)
- Buaya
Kadar Bantuan Serta Cara Memohon Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas JKM
- Maksimum bantuan sehingga RM20,000 untuk kes kematian atau kehilangan upaya kekal akibat serangan binatang buas.
- Bantuan yang diberikan adalah berdasarkan peratusan kecederaan.
Cara Memohon
- Hadir ke pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat yang terdekat.
- Seterusnya nyatakan urusan anda dan isi borang yang berkaitan.
- Pastikan lampirkan bersama laporan perubatan daripada pihak hospital ketika membuat permohonan ini.
Borang Permohonan
Dapatkan borang permohonan disini dan download sekarang untuk permohonan :
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Tabung Bantuan Serangan Binatang Buas, anda boleh terus hubungi JKM di :
- Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
- Emel : Maklum Balas (ISPAAA)