Info Kerjaya Malaysia

Menangi Hadiah Sehingga RM1 Juta Dari ASB Melalui Kempen ‘Kumpul Dan Menang’ & ‘Jom Auto Labur’

1,689

Menangi Hadiah Sehingga RM1 Juta Dari ASB Melalui Kempen ‘Kumpul Dan Menang’ & ‘Jom Auto Labur’

Sempena ulangtahun ASB yang ke 30 tahun, pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjemput semua pelabur untuk merebut hadiah bernilai lebih RM1 juta dengan menyertai pelbagai peraduan dan kempen pelaburan yang dianjurkan mereka.

2 Kempen Untuk Direbut

Terdapat 2 jenis kempen sempena sambutan tersebut iaitu :

  • Kumpul Dan Menang
  • Jom Auto Labur

Kempen Kumpul Dan Menang

  • Kempen ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1 juta.

Kempen Jom Auto Labur

  • Kempen ini pula menawarkan Proton Saga 1.3L Premium AT sebagai hadiah utama

Tempoh Kempen ‘Kumpul Dan Menang’ & ‘Jom Auto Labur’

Kempen in bermula pada :

  • 1 Ogos sehingga 17 Disember 2020.

Cara Penyertaan Kempen ‘Kumpul Dan Menang’ & ‘Jom Auto Labur’

Untuk memenangi hadiah yang ditawarkan, anda perlu :

Kempen Kumpul Dan Menang

  • Peserta hanya perlu membuat pelaburan minimum RM30 untuk satu mata penyertaan atau 3 mata penyertaan jika pelaburan dibuat menerusi portal dan aplikasi myASNB.

Kempen Jom Auto Labur

  • Pengguna kemudahan Auto Labur@myASNB sedia ada hanya perlu menambah potongan bulanan minimum dalam ASB sebanyak RM30 daripada potongan sedia ada, manakala pengguna baharu pula perlu menetapkan potongan bulanan minimum RM60.
  • Anda perlu mendaftar dalam talian di www.myasnb.com.my untuk menjadi pengguna portal myASNB terlebih dahulu.

”Lebih banyak mata penyertaan yang dikumpul, lebih besarlah peluang untuk menang. Apa yang perlu dilakukan pelabur ialah melabur dalam ASB untuk mengumpul sebanyak mungkin mata penyertaan. Inilah masa terbaik untuk mereka yang belum mempunyai akaun ASB untuk membuka pelaburan ASB.”

Peraduan Video Pendek ASB

Terdapat 4 kategori yang dianjurkan seperti :

  1. LIGHTS, CAMERA, & ACTION
  2. Detik Indah ASB
  3. Cerita Labur Adik
  4. Cerita Labur Si Cilik

Tarikh tutup untuk peraduan Video Pendek ASB adalah pada 30 September 2020 dan menawarkan hadiah keseluruhan yang bernilai RM50,000, RM33,000 dan RM18,000.

Menangi Hadiah Sehingga RM1 Juta Dari ASB Melalui Kempen 'Kumpul Dan Menang' & 'Jom Auto Labur'

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan kempen dan peraduan sempena Ulang Tahun ASB yang ke 30, sila layari :

close-image