Info Kerjaya Malaysia

Menteri KPDNHEP, RM1 Harga Siling Runcit Baharu Pelitup Muka Berkuat Kuasa Sabtu Ini

820

Harga Siling Runcit Baharu Pelitup Muka

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi, harga siling runcit baharu bagi pelitup muka bagi jenis tiga lapisan adalah sebanyak RM1 berkuat kuasa pada hari Sabtu ini.

Harga siling runcit itu ditetapkan selepas pihak KPDNHEP mendapati bekalan pelitup muka jenis tiga lapisan mencukupi untuk menampung permintaan seluruh negara pada masa kini.

Menteri KPDNHEP, RM1 Harga Siling Runcit Baharu Pelitup Muka Berkuat Kuasa Sabtu Ini

“Memandangkan RM1.50 harga siling selama ini telah sekian lama (ditetapkan) dan bekalan pelitup muka di pasaran adalah mencukupi hasil pemeriksaan dan pemantauan kementerian dan libat urus bersama pihak industri, pengilang dan juga peruncit yang menjualnya.”

“Didapati juga walaupun harga siling sebelum ini RM1.50, ada yang menjual rendah dari harga itu, maka memang benar bekalan pelitup muka ini mencukupi di pasaran, oleh itu kementerian mengambil tindakan untuk menyemak semula (harga siling).”

Menteri KPDNHEP, RM1 Harga Siling Runcit Baharu Pelitup Muka Berkuat Kuasa Sabtu Ini

Kurangkan Beban Orang Ramai

Kerajaan bersetuju menetapkan harga siling baharu dengan tujuan mengurangkan beban rakyat Malaysia susulan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos 2020.

Malahan, jika orang ramai didapati tidak memakai pelitup muka, mereka akan didenda sebanyak RM1,000 seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Rujuk : Ini Senarai Tempat Awam Yang Wajib Pakai Topeng Muka Atau RM1,000 Menanti Anda

Tindakan Undang-Undang

Menurut Datuk Alexander Nanta Linggi :

“Buat masa sekarang, dari segi pemantauan mungkin tidaklah (jual lebih tinggi dari harga siling) sebab kita tak buat secara mengejut. Berita ini (turun harga siling pelitup muka) saya dah umum hampir seminggu lepas di Parlimen, jadi memang penjual, peruncit, pemborong sudah mengetahui kita (kerajaan) akan turunkan harga siling.”

Menteri KPDNHEP, RM1 Harga Siling Runcit Baharu Pelitup Muka Berkuat Kuasa Sabtu Ini

Harga Siling Borong Pelitup Muka

KPDNHEP juga turut memaklumkan bahawa harga siling borong bagi pelitup muka jenis tiga lapisan juga diturunkan daripada RM1.45 seunit kepada RM0.95 sahaja.

Menurut kenyataan mereka juga, sebanyak 47,703 pemantauan terhadap harga dan bekalan pelitup muka dijalankan, terdapat 55 kes dibuka dengan nilai rampasan sebanyak RM536,951.40 dan jumlah kompaun RM392,400 sejak 29 Januari sehingga Isnin yang lepas.

close-image