Ini Senarai Tempat Awam Yang Wajib Pakai Topeng Muka Atau RM1,000 Menanti Anda

1,467

Wajib Pakai Topeng Muka Mulai 1 Ogos Atau Dikenakan Denda RM1,000

“Kadar pematuhan SOP di kalangan orang ramai semakin menurun termasuk di dalam pengangkutan awam termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial dilihat tidak dipatuhi.

“SOP di tempat-tempat awam yang bersesak tidak diendahkan oleh segelintir pihak jadi kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos di kawasan awam yang sesak.”

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri

Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

Ini Senarai Tempat Awam Yang Wajib Pakai Topeng Muka

Harga Topeng Muka Diturunkan Harga Mulai 15 Ogos 2020

Kerajaan juga sedang mengkaji keperluan untuk menurunkan harga sehingga RM1.20 daripada RM1.50 dan turun sebanyak RM0.30 mulai 15 Ogos ini.

Tempat Awam Yang Wajib Pakai Topeng Muka

Antara senarai tempat awam yang diwajibkan untuk memakai topeng muka ialah :

  • Masjid, surau dan rumah ibadat
  • Majlis sosial
  • Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah
  • Hospital dan klinik
  • Pasar awam dan pasar tani
  • Pawagam
  • Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak
  • Restoran
  • Bengkel
  • Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
  • Pusat hiburan keluarga
  • Mana-mana tempat awam yang sesak.

Ini Senarai Tempat Awam Yang Wajib Pakai Topeng Muka

Tempat ini disenaraikan oleh Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid bagi menjawab kekeliruan orang ramai.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image