Info Kerjaya Malaysia

RISDA Beri RM300 Bantuan Khas Pada Pekebun Kecil. Mohon Sekarang

4,249

Bantuan Khas Pada Pekebun Kecil

Sebagai salah satu usaha membantu pekebun kecil, pihak RISDA memberikan Bantuan Khas hari Raya Aidilfitri 2020 kepada pekebun kecil yang terjejas pendapatannya.

Sekiranya anda adalah golongan pekebun kecil RISDA yang layak untuk mendapat bantuan ini, sila baca perkongsian ini untuk mengetahui syarat dan langkah-langkah untuk membuat permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 30 Jun 2020.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan akan diberikan kepada pemohon yang berjaya adalah sebanyak RM300 yang dibayar secara one-off.

RISDA Beri RM300 Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri. Mohon Sekarang

Cara Memohon

Berikut adalah cara memohon Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 kepada pekebun kecil.

1. Pekebun Kecil RISDA

Lengkapkan Borang BKC2020-01 (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

2. Pekebun Kecil RISDA yang menyertai program tanam semula atau tanam baru, Program Lonjakan Mega Luar Bandar yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang diuruskan oleh RISDA melalui Syarikat Milikan RISDA.

Lengkapkan Borang BKC2020-01 (SMR) beserta dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

3. Pemohon Pekebun Kecil RISDA dari Agensi lain (Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), KESEDAR, KETENGAH dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan).

Lengkapkan Borang BKC2020-01 (Agensi) dan disahkan oleh agensi yang berkaitan. Sertakan bersama dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

4. Pemohon Pemilik Pengusaha di Sarawak yang tiada geran.

Lengkapkan Borang BKC2020-01 (NCR) dan disahkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan Jabatan Tanah dan Surveri (JTS) beserta dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

5. Pemohon Penoreh Bukan Pemilik

Lengkapkan Borang BKC2020-01 (Penoreh) dan disahkan oleh pemilik tanah/wakil yang sah beserta dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan Kad PAT-G.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

6. Pekebun Kecil yang tidak layak menerima BMT 2019 juga boleh hadir ke Pusat Tanggungjawab RISDA untuk mengemaskini maklumat peribadi dan milikan tanah bagi melayakkan menerima BKC 2020.

Lengkapkan Borang Deklarasi BKC 2020 beserta dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) dan salinan jika ada.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

RISDA Beri RM300 Bantuan Khas Pada Pekebun Kecil. Mohon Sekarang

Jika anda tersenarai dalam 6 golongan di atas dan layak untuk menerima bantuan, sila buat permohonan sekarang mengikut langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas.

close-image