Info Kerjaya Malaysia

RISDA : Bantuan Musim Tengkujuh Untuk Pekebun Kecil RM500 Setiap Seorang

3,993

RISDA : Bantuan Musim Tengkujuh RM500 Setiap Seorang

Untuk pengetahuan anda, bantuan Musim Tengkujuh oleh RISDA telah diperkenalkan pada tahun 2018 dan di umumkan oleh Menteri Kewangan pada masa tersebut.

Bantuan ini merupakan satu bentuk bantuan khas untuk pekebun kecil yang terjejas pendapatan akibat kejatuhan harga getah dan akan menerima bantuan secara one -off payment iaitu sekali sahaja sebanyak RM500 setiap seorang oleh RISDA.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA

Syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ialah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
  • Keluasan 0.1011 hektar hingga 2.5 hektar. Maksudnya, jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1011 hingga 2.5 hektar secara agregat.
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
  • Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Semakan Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA

Berikut ialah cara untuk membuat semakan kelayakan permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA :

  • Masuk ke laman web RISDA : http://webapp3.risda.gov.my
  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
  • Kemudian klik SEMAK.
  • Paparan status permohonan akan keluar pada skrin anda.

Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

Untuk makluman, permohonan Bantuan Musim Tengkujuh ini perlu dipohon secara manual dan anda perlu lengkapkan borang Bantuan Musim Tengkujuh seperti berikut :

Pemohon Pemilik Pengusaha perlu membawa bersama dokumen sokongan seperti :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Pemohon Penoreh Bukan Pemilik pula membawa bersama dokumen sokongan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan Kad PAT-G.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Borang Bantuan Musim Tengkujuh

RISDA : Bantuan Musim Tengkujuh RM500 Setiap Seorang Pekebun Kecil

Jumlah Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh

Jumlah untuk bayaran Bantuan Musim Tengkujuh RISDA ialah sebanya :

  • RM500 dan dibayar sekali sahaja.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berhubung Bantuan Musim Tengkujuh RISDA, sila hubungi RISDA di :

close-image