Info Kerjaya Malaysia

Rayuan Haji: Cara Buat Rayuan Dengan Download Borang Ini

826

Ingin Buat Rayuan Haji?

Anda telah membuat semakan haji dan dukacita nama anda tidak tersenarai? Anda tidak perlu kecewa dan bersedih kerana anda boleh membuat rayuan dengan mengikut cara-cara yang akan dikongsikan ini.

Cara Memohon Rayuan Haji

Bagi anda yang ingin membuat permohonan rayuan haji, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut :

  • Muat turun borang rayuan haji di : Borang Rayuan Haji.
  • Isi maklumat peribadi .
  • Masukkan tujuan asal rayuan dan sertakan surat rayuan dan dokumen yang berkaitan.
  • Isikan semua maklumat yang dikehendaki dengan menandakan ‘X’ dikotak yang berkaitan.
  • Semak semula borang dengan teliti.
  • Tandatangan borang tersebut.

Borang rayuan yang siap diisi boleh terus dihantar ke kaunter cawangan TH yang berdekatan dengan anda.

Contoh Borang Rayuan

Rayuan Haji Cara Buat Rayuan Dengan Download Borang Ini

Kriteria Penilaian Rayuan Haji

Keutamaan pemilihan akan diberi kepada :

  • Mereka yang membuat rayuan mahram.
  • Lanjut usia serta pembantu lanjut usia.
  • Mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini namun terpaksa menangguh pemergian haji.
  • Mereka yang giliran menunaikan haji adalah pada tahun berikutnya (Contoh: Tahun semasa ialah 1441H/2020M, manakala tahun giliran tunai haji ialah tahun berikutnya 1442H/2021M).

Rayuan Haji: Cara Buat Rayuan Dengan Download Borang Ini

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai rayuan haji dan soalan-soalan lain, anda boleh terus menghubungi :

  • Talian Khidmat Pelanggan THCC : 03-6207 1919
  • Soalan lazim rayuan haji : Soalan Lazim

Rayuan Haji: Cara Buat Rayuan Dengan Download Borang Ini

Semoga melalui perkongsian ini dapat membantu anda membuat rayuan dan berjaya menunaikan haji seperti yang diinginkan.

Berikut merupakan antara FAQ Rayuan Haji.

Adakah Bantuan Haji diberikan kepada mereka yang berjaya dalam Rayuan Haji?

Bantuan Haji masih diteruskan untuk Musim Haji terkini. Bakal Haji Muassasah yang tunai haji kali pertama tahun ini termasuk mereka yang berjaya dalam permohonan rayuan haji hanya bayar RM9,980 seperti tahun-tahun sebelum ini.

Golongan manakah yang diutamakan dalam Rayuan Haji?

Bagi yang merayu, keutamaan pemilihan akan di beri kepada mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa menangguh pemergian haji.

Bagaimana membuat Rayuan Haji?

Sebagai satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang seragam bagi mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji ini.

Bagaimana pembayaran jika terpilih dalam Rayuan Haji?

Borang ini memberi ruang kepada sesiapa yang merayu dan jika terpilih, mereka boleh secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh RM22,900 untuk tunai haji secara Muassasah.

Dimana hendak download borang rayuan?

Pendeposit yang ingin membuat rayuan haji boleh memuat turun borang rayuan haji di sini atau mendapatkannya di Pejabat Cawangan yang berdekatan. Manakala, borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ke kaunter-kaunter 125 cawangan yang terdekat termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran.

close-image