Info Kerjaya Malaysia

RAIZ, Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia & PNB. Download Sekarang

4,261

Apa Itu RAIZ?

RAIZ merupakan aplikasi perkhidmatan kewangan yang membantu anda menyimpan dan melabur. Ia membolehkan rakyat Malaysia mula menyimpan dari awal, melabur dengan kerap, dan mencapai matlamat kewangan. Raiz Malaysia merupakan usaha sama antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Raiz Invest Australia Limited. Di Australia, Raiz tersenarai di bursa saham dan mempunyai lebih daripada 200,000 pelanggan aktif sejak 2016.

Cara RAIZ Beroperasi

Berikut adalah cara RAIZ beroperasi :

  • Raiz membantu anda melabur secara proaktif portfolio dana-dana unit amanah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Dana-dana ini tidak diberi status patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), tetapi Majlis Agama Islam di peringkat negeri dan persekutuan, memutuskan pelaburan dalam dana ini “harus”.
  • Satu ciri utama ialah pembundaran; kami membundarkan setiap transaksi anda kepada Ringgit terdekat, dan melaburkan wang baki tersebut ke dalam portfolio yang pelbagai. Hanya hubungkan kad debit dan berikan kami beberapa maklumat asas. Kami akan mengesyorkan portfolio pelaburan untuk anda berdasarkan maklumat yang anda berikan kepada kami.
  • Raiz juga menawarkan kaedah pelaburan lain selain pembundaran. Anda boleh melabur dalam satu jumlah sekaligus dengan memasukkan jumlah yang diinginkan pada paparan “Invest” dalam aplikasi tersebut. Anda juga boleh menetapkan pelaburan berkala sama ada harian, mingguan, setiap dua minggu atau bulanan.
  • Untuk beberapa bulan awal operasi, Raiz hanya akan beroperasi dengan akaun Maybank sahaja. Maybank dan Raiz telah bekerjasama untuk memastikan tahap keselamatan tertinggi bagi aplikasi ini.

RAIZ, Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia & PNB. Download Sekarang

Kelebihan RAIZ

Antara kelebihan RAIZ ialah :

  • Portfolio pelaburan peribadi.
  • Tiada jumlah minimum untuk akaun.
  • Tiada komisen.
  • Pelaburan pecahan (fractional investing).
  • Pelaburan lebih mudah diakses oleh semua orang.
  • Perkhidmatan yang memudahkan simpanan dan pelaburan.

Cara Mendaftar RAIZ, Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro

Jika berminat, anda boleh ikuti langkah-langkah mendaftar RAIZ seperti berikut :

RAIZ, Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia & PNB. Download Sekarang

  • Klik pada DAPATKAN APLIKASI INI.
  • Klik CREATE ACCOUNT.
  • Masukkan maklumat seperti EMAIL dan PASSWORD dan klik NEXT.
  • Setup SPENDING ACCOUNT, FUNDING ACCOUNT, WITHDRAWAL ACCOUNT dan RAIZ INVESTMENT ACCOUNT.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan akaun anda telah siap setting.

RAIZ, Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia & PNB. Download Sekarang

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai RAIZ, Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia & PNB ini, anda boleh hubungi :

Telefon : 03 2714 6114

Emel : [email protected]

close-image