K
KERJAYA
Langkau ke kandungan
Utama Semasa COVID-19: PTPTN Tangguh Bayaran Balik Selama Tiga Bulan & Dikecualikan Dari Tindakan Penguatkuasaan Serta Perundangan
Semasa 1 Min Bacaan 19 Mar 2020

COVID-19: PTPTN Tangguh Bayaran Balik Selama Tiga Bulan & Dikecualikan Dari Tindakan Penguatkuasaan Serta Perundangan

A

admin

Penyumbang

KONGSI:
COVID-19: PTPTN Tangguh Bayaran Balik Selama Tiga Bulan & Dikecualikan Dari Tindakan Penguatkuasaan Serta Perundangan

PTPTN bersetuju untuk menangguhkan semua bayaran balik pinjamannya selama tiga bulan susulan penularan wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan semasa yang menyaksikan ekonomi negara turut terjejas.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad.

Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad

“Mengambilkira kesan wabak penyakit Covid-19 kepada ekonomi negara, yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN, kerajaan telah bersetuju supaya PTPTN menangguhkan pembayaran balik kepada semua peminjam.

“Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini berkuat kuasa serta-merta sehingga 30 Jun.

“Selaras dengan penangguhan itu, semua peminjam PTPTN juga akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber