Perkeso Beri RM600 Sebulan Kepada Pekerja Swasta Terima Notis Cuti Tanpa Gaji

6,057

Perkeso Beri RM600 Sebulan Kepada Pekerja Swasta Terima Notis Cuti Tanpa Gaji.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja swasta yang diberi notis cuti tanpa gaji sejak 1 Mac lalu.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, bantuan di bawah Program Pengekalan Pekerja (ERP) itu akan diberi selama enam bulan kepada pekerja yang layak iaitu mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso.

“Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawa. Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja dan majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus ke dalam akaun pekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baca juga: COVID-19: Bolehkah Majikan Menolak Gaji Pekerja Untuk Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac? Baca Ini Hak Anda Pekerja

Saravanan menjangka kira-kira 6.9 juta pekerja swasta di bawah SIP bakal menikmati bantuan bantuan kewangan segera berkenaan.

Selain itu, Perkeso juga akan menyediakan program penempatan pekerjaan serta latihan.

Antara lain, jelas beliau lagi, pekerja yang berdaftar dan mencarum di bawah sistem tersebut juga akan menerima elaun mencari pekerjaan iaitu bermula 80 peratus gaji anggapan selama enam bulan dengan kadar menurun kepada 50 peratus hingga 30 peratus.

Selain itu turut disediakan elaun bekerja semula,elaun pendapatan berkurangan, elaun bekerja semula, elaun latihan dan fi latihan terhad kepada RM6,000.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image