Info Kerjaya Malaysia

Pasangan Baru Berkahwin Boleh Mohon Program Rumah Transit. Semak Kelayakan Anda Sekarang

2,825

Pasangan Baru Berkahwin Boleh Mohon Rumah Transit

Selepas berkahwin pastinya setiap pengantin ingin tinggal di rumah sendiri untuk meneruskan kehidupan. Untuk memastikan setiap pasangan terutamanya pasangan muda yang berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun hidup selesa dan mempunyai rumah sendiri, Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) telah menyediakan satu program iaitu Program Rumah Transit.

Program ini ditumpukan di bandar-bandar besar terutamanya untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah serta menepati kelayakan yang permohonan.

Syarat Kelayakan Permohonan Program Rumah Transit

Berikut adalah syarat kelayakan untuk pasangan muda membuat permohonan Program Rumah Transit :

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon dan pasangan mestilah sudah berkahwin.
  • Berumur 18 tahun hingga 30 tahun.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon.
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Tidak mempunyai rekod jenayah.

Kadar & Tempoh Sewaan Program Rumah Transit

Sekiranya permohonan anda diluluskan, ini adalah kadar dan tempoh sewaan yang telah ditetapkan :

  • Kadar Sewa : RM250/bulan
  • Tempoh Sewaan : 2 tahun
  • Notis : Notis 6 bulan sebelum tamat kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Kemudahan Rumah Transit Yang Disediakan

Berikut adalah kemudahan yang disediakan di Rumah Transit untuk kemudahan penduduk ialah :

  • Taska
  • Pejabat pengurusan
  • Tempat letak kenderaan
  • Kawalan keselamatan
  • Lif
  • Landskap
  • Surau
  • Pagar kawasan
  • Kedai/gerai
  • Dewan serbaguna

Ciri-Ciri Rumah Transit

Ciri-ciri rumah transit yang ditawarkan kepada anda ialah :

  • Lengkap dengan kipas dan lampu
  • Ruan tamu dan ruang dapur
  • 2 atau 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Keluasan unit di antara 700 hingga 850 kaki persegi

Lokasi Rumah Transit

Untuk makluman, sebanyak 632 unit rumah iaitu Blok L dan M di PPR pinggiran Bukit Jalil telah dijadikan projek perintis bagi Program Rumah Transit ini.

Klik sini untuk dapatkan lokasi Rumah Transit yang disediakan kepada anda.

Cara Membuat Permohonan Program Rumah Transit

Untuk membuat permohonan Program Rumah Transit ini, anda perlu memohon secara online seperti berikut :

  • Log masuk ke SPRN Bagi yang telah mendaftar. Bagi yang belum pernah mendaftar, buat pendaftaran dahulu disini, Pendaftaran Sistem SPRN
  • Klik PILIH SKIM RUMAH TRANSIT.
  • Klik YA untuk pengesahan permohonan.
  • Lengkapkan borang dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Buat pengesahan permohonan.
  • Permohonan anda siap.

Jika anda ingin menyewa rumah melalui Skim SMART Sewa B40, klik sini untuk rujukan dan panduan anda.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan perumahan di saluran berikut :

close-image