Program Bina Semula Rumah MyHaus: Syarat dan Cara Mohon
Bantuan Rumah Selesa
Tinggal dalam rumah yang selesa dan selamat adalah impian setiap orang tidak kira sama ada individu bujang atau yang telah berkeluarga.
Oleh hal yang demikian, Kerajaan akan membantu golongan sasaran ini dengan membina dan membaik pulih sekurang-kurangnya dua buah rumah menerusi Program MYHaus di setiap negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata jumlah itu adalah bagi peringkat awal program itu yang bakal dilancarkan Ogos ini.
Konsep Pembinaan Rumah
Rumah yang dibina dan dibaik pulih akan dilaksanakan mengikut konsep patuh syariah.
- Konsep patuh syariah tersebut adalah dengan membuat pengasingan bilik antara anak lelaki dan anak perempuan.
- Terdapat 3 bilik iaitu bilik ibu bapa, bilik anak lelaki dan bilik anak perempuan.
Keperluan Yang Disediakan
Selain daripada membina dan membaiki rumah golongan sasaran, pihak kerajaan juga menyediakan keperluan kerohanian iaitu :
- Program pendidikan kerohanian dan kesedaran sivik kepada isi rumah.
- Menekankan isu-isu seperti kebersihan dan pendidikan seks menurut Islam.
Komponen Program / Projek
Program ini terbahagi kepada beberapa komponen projek mengikut 3 kategori. Kategori tersebut ialah :
- Kategori Membina Semula Rumah
- Kategori Membaik Pulih Rumah
- Kategori Membaiki Kerosakan Rumah
Tempoh Projek
Setiap projek akan disiapkan dalam tempoh lebih kurang 10 hari.
Tarikh Bermula
Program ini akan dilancarkan pada bulan Ogos 2020.
Syarat & Cara Memohon
Sebarang maklumat mengenai cara memohon serta syarat permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah mendapat maklumat yang berkaitan.