Info Kerjaya Malaysia

Program Dermasiswa B40 2020, Mohon Sekarang Secara Online

2,832

Program Dermasiswa B40 2020

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 yang berminat dan berkelayakan dialu-alukan untuk membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2020 telah dibuka pada 13 Julai 2020 lepas.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan bagi Program Dermasiswa B40 ditutup pada 19 Julai 2020.

Program Dermasiswa B40 2020, Mohon Sekarang Secara Online

Syarat Umum Permohonan Program Dermasiswa B40 2020

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kesihatan yang baik.
  • Menduduki peperiksaan SPM buat kali pertama pada tahun 2019.
  • Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
  • Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
  • Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Cara Memohon

  • Permohonan dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA selama tujuh (7) hari mulai 13 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 19 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang.
  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Cetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2020 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Program Dermasiswa B40 2020, Mohon Sekarang Secara Online

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan, anda boleh lihat pengumuman di eSILA pada Oktober 2020.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan serta inginkan maklumat lanjut mengenai Program Dermasiswa B40 2020,, sila hubungi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) di :

  • Telefon : 03-8885 3297 / 3553 / 3387
  • Masa operasi : 9 pagi – 4.30 petang.

close-image