PKP Sambung Lagi Esok! Diteruskan Sehingga Kes Bawah 4000
PKP 3.0 sambung lagi esok! Tidak ditamatkan 28 Jun. Penerusan fasa pertama dilanjutkan terus sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes.
Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, menerusi laporan terkini oleh BERNAMA sebentar tadi.
Astro Awani menyatakan, pengumuman rasmi PKP 3.0 yang dilanjutkan ini bakal dibuat melalui Sidang Media Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh Dr Ismail Sabri hari ini.
Walaupun kerajaan menentukan indikator tertentu termasuk jumlah kes harian, proses vaksinasi serta kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), situasi sebenar kes di negara ini sentiasa berubah.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri untuk menilai keadaan semasa pandemik negara.
Walaubagaimanapun, keputusan ini juga bergantung kepada penilaian KKM dan faktor-faktor lain oleh MKN.
Pelan Pemulihan Negara mengikut jangkaan Fasa berperingkat membolehkan sektor-sektor berfungsi dengan lebih menyeluruh seperti berikut:
Fasa 1 – PKP Menyeluruh, Perkhidmatan Perlu Sahaja (4000 kes ke atas)
Fasa 2 – Perlu Senarai Positif, Sektor Sosial kekal tutup (4000 kes ke bawah)
Fasa 3 – Pendekatan Senarai Negatif, Sektor Sosial dibuka Secara Berperingkat (2000 kes ke bawah)
Fasa 4 – Pembukaan penuh termasuk Sektor Sosial (500 kes ke bawah)
Laporan asal BERNAMA: https://www.facebook.com/bernamaofficial/photos/a.10150341276330555/10159649996090555