Info Kerjaya Malaysia

Bagaimana Beli Rumah Dengan Permohonan Pembiayaan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

3,179

Nak beli rumah tapi loan tak lepas. Nak buat loan tapi nama kena senarai hitam CTOS/CCRIS.

Ini antara masalah utama pembeli rumah di Malaysia. Duit muka cukup tapi loan tak lepas, nama blacklist dan sebagainya.

Kadangkala perkara mudah menjadi sukar.

Namun kini, anda jangan risau, anda boleh membuat permohonan pembiayaan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA 2020, terutamanya Kakitangan Sektor Awam.

Di bawah merupakan panduan ringkas membeli rumah menggunakan pinjaman perumahan kerajaan bagi penjawat awam.

Berdasarkan laporan Berita Harian, Presiden CUEPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) mengatakan masih ramai penjawat awam yang belum memiliki kediaman sendiri.

Kesimpulannya, ada kemungkinan masih ramai kakitangan kerajaan yang tidak mengetahui tentang pinjaman perumahan kerajaan yang telah dicipta khas untuk mereka ini.

Menggunakan panduan di bawah, anda akan mendapat maklumat penting tentang pinjaman perumahan kerajaan iaitu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), manfaat daripada pinjaman, bagaimana pinjaman tersebut berfungsi dan kelayakan untuk memohon.

APA ITU PINJAMAN LPPSA?

LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam menyediakan bantuan khas buat penjawat awam yang ingin membeli rumah bernilai sehingga RM700,000.

Selain dari LPPSA, kakitangan kerajaan sektor awam juga boleh mohon Perumahan Penjawat Awam (PPAM) sekiranya anda layak.

Terdapat tujuh jenis pinjaman yang disediakan oleh LPPSA:

  • Jenis I: Membeli rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap
  • Jenis II: Membina rumah di atas tanah sendiri
  • Jenis III: Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
  • Jenis IV: Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
  • Jenis V: Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan daripada bank / institusi kewangan
  • Jenis VI: Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman BPP / LPPSA
  • Jenis VII: Membuat kerja ubahsuai atas rumah atau petak rumah kediaman

SYARAT MOHON PINJAMAN LPPSA

Di bawah merupakan Syarat Kelayakan Bagi Pemohon Pembiayaan LPPSA. Anda boleh rujuk infografik berikut.

Syarat Kelayakan Bagi Pemohon Pembiayaan LPPSA

SIAPA LAYAK MOHON PINJAMAN LPPSA
Pemohon mestilah :-
1. Anggota Pentadbiran Persekutuan
​2. Ahli Parlimen/ Hakim
​3 .Anggota Pentadbiran Negeri / Ahli Fewan Undangan Negeri
​4. Badan-Badan Berkanun
​5. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
​6. Kerajaan Negeri/ Anggota Perkhidmatan Awam
​7. Anggota Polis/ Tentera

Untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan, anda perlu memenuhi kriteria di bawah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
  • Sudah menerima surat pengesahan jawatan.
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
  • Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
  • Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
  • Bukan seorang yang:
    • Bankrap
    • Terlalu banyak berhutang
    • Pemakan gaji tidak berkemampuan
    • Dalam proses dikenakan tindakan tatatertib
  • Pinjaman bersama suami isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, serta Pinjaman dua (2) nama di dalam S&P wajib disertakan dengan salinan sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang disahkan oleh Ketua Jabatan pemohon.

PINJAMAN LPPSA 2020

Di bawah merupakan antara 3 inisiatif baru yang diperkenalkan LPPSA untuk memudahkan urusan pinjaman dan proses permohonan.

Inisiatif baru ini diperkenalkan LPPSA selaras dengan permintaan dari kakitangan sektor awam untuk membuat pinjaman perumahan.  LPPSA telah mengemaskini dan melakukan penambahbaikan kemudahan pembiayaan mereka.

Antara inisiatif yang diperkenalkan adalah seperti berikut;

Inisiatif 1: Memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA.

  1. Kos yuran guaman tidak termasuk dalam jumlah kelayakan pembiayaan LPPSA dan adalah satu pilihan (optional) kepada pemohon.
  2. Kos yuran guaman ini adalah terpakai untuk yuran guaman dan bayaran berkaitan dokumentasi pembiayaan/ pinjaman, tidak termasuk yuran urusan perjanjian jual beli (SPA) dan kos pindah milik.
  3. Jumlah insurans/ takaful gadai janji yang dilindungi adalah merangkumi jumlah kelulusan pembiayaan termasuk kos yuran guaman.

Inisiatif 2: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau joint-loan daripada LPPSA, antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

  1. Permohonan adalah tertakluk kepada syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan sektor awam.
  2. Setiap pemohon bersama adalah penama di dalam Perjanjian Jual Beli dan permohonan hendaklah dikemukakan serentak.
  3. Kategori anak yang dibenarkan adalah anak kandung sahaja.

Inisiatif 3: Membenarkan pembiayaan perumahan bersama antara suami isteri atau anak-anak, dengan syarat, sekurang-kurangnya seorang pemohon adalah anggota perkhidmatan awam.

Manakala pemohon bersama yang lain yang bukan anggota perkhidmatan awam perlu menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua.

  1. Sekurang-kurangnya seorang daripada pemohon adalah anggota kakitangan sektor awam.
  2. Pemohon bukan kakitangan sektor awam perlu menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri dan bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua.
  3. Pemohon perlu melantik peguam yang sama bagi urusan dokumen pembiayaan di LPPSA dan institusi kewangan yang berkaitan.
  4. Setiap pemohon bersama adalah penama di dalam Perjanjian Jual Beli dan permohonan hendaklah dikemukakan serentak.
  5. Kategori anak yang dibenarkan adalah anak kandung sahaja.
  6. Wang beza hendaklah diselesaikan terlebih dahulu melalui pengeluaran oleh institusi pembiaya.

KELEBIHAN PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN

  1. Pinjaman Perumahan sehingga 100% Pembiayaan.
  • Contoh Loan LPPSA : Harga rumah RM 300,000. Jumlah pembiayaan perumahan juga sehingga RM 300,000.
  • Contoh Loan Bank : Harga rumah RM300,000. Jumlah pembiayaan maksimum sehingga 90% iaitu RM 270,000. Selebihnya harus dibayar dengan bayaran deposit.
  • Kesimpulan : Kita perlu menyediakan bayaran 10% untuk rumah berharga RM 300,000 iaitu RM 30,000.
  1. Kadar Faedah atau Interest 4% tetap
  • Loan LPPSA : 4% Interest ataupun Kadar Faedah Setahun.
  • Loan Bank : 4 hingga 7%. Kadar peratusan bank bergantung pada harga rumah. Makin tinggi harga rumah yang dibeli, makin rendah kadar faedah bank dikenakan.
  • Kadar Bank bergantung pada sistem BLR (Base Lending Rate iaitu Base Rate + p.a)
  • Kesimpulan : Kadar Faedah Loan LPPSA sangat rendah dan tetap. Ianya merupakan tawaran yang sukar didapati dari mana mana bank di Malaysia.
  1. Tempoh pinjaman (loan tenure)
  • Loan LPPSA : Pinjaman selama 30 tahun (bagi rumah LPPSA pertama), 25 tahun (bagi rumah LPPSA kedua) dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam mencapai 90 tahun
Contoh pengiraan 1 : Ahmad mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
Loan : 30 tahun
Tamat Loan Ahmad berumur 60 tahun.
Contoh pengiraan 2 : Ahmad mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun
Loan : 30 tahun
Tamat Loan Ahmad berumur 90 tahun
  • Loan Bank : Pinjaman selama 35 tahun dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam 75 tahun.
Contoh pengiraan 1 : Ismail mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun
Loan : 35 tahun
Tamat Loan Ismail berumur 65 tahun
Contoh pengiraan 2 : Ismail mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun
Loan : 15 tahun sahaja
Tamat Loan Ismail berumur 75 tahun

LPPSA menawarkan pembiayaan bulanan lebih rendah berbanding pinjaman perumahan lain termasuk dari bank swasta yang kadar faedahnya 5-8%.

CARA MEMOHON ONLINE

Sila rujuk carta aliran proses di bawah untuk dapatkan gambaran lebih jelas bagaimana proses mendapatkan kelulusan pembiayaan perumahan sektor awam.

Cara Mohon LPPSA Online

Permohonan boleh dibuat menerusi portal rasmi LPPSA di http://www.lppsa.gov.my/v2/

JOM SEMAK LPPSA

Untuk anda yang telah membuat pinjaman dan ingin membuat semakan penyata baki pinjaman LPPSA, anda boleh layari https://ebiz2.lppsa.gov.my/e-semak/

Cuma masukkan nombor kad pengenalan untuk semakan online.

close-image