Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Wang Tunai RM100 Penghuni Perumahan Awam dan Program Perumahan Rakyat Di Buka Bermula Hari Ini

1,054

Permohonan sumbangan wang tunai RM100 di bawah Inisiatif Wilayah Cakna kepada penghuni (pemilik atau penyewa) Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh dibuat bermula hari ini.

DBKL menerusi Facebooknya memaklumkan sumbangan hanya untuk warganegara yang menghuni PA dan PPR berdaftar.

Menurut kenyataan itu, penghuni boleh memasukkan maklumat sah yang diperlukan sehingga 15 Mei depan.

Wang Tunai RM100 Penghuni PA, PPR

“Penghuni yang layak perlu melayari laman sesawang yang disediakan di bawah dan mengunci masuk nombor kad pengenalan, nombor akaun bank, emel, nama bank dan nombor telefon.

“Sumbangan layak kepada penghuni yang mendiami unit (pemilik atau penyewa) namun DBKL berhak menentukan penghuni yang layak menerima sumbangan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memberitahu, pemohon boleh menyemak status penyaluran sumbangan ke akaun masing-masing antara tiga dan tujuh hari bekerja dari tarikh kemaskini.

“Sumbangan wang akan disalurkan menerusi akaun bank masing-masing secara berperingkat.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dibuat melalui [email protected],” katanya.

LINK PERMOHONAN

Di bawah merupakan link permohonan yang disediakan untuk anda membuat permohonan. Sila terus ke pautan disediakan.

KLIK SINI UNTUK MOHON

close-image