Info Kerjaya Malaysia

Cara Membuat Permohonan Tabung Bantuan Baitulmal Sarawak KAMEK. Klik Dan Mohon Disini

980

Tabung Bantuan Baitulmal Sarawak KAMEK

Sebelum kita melihat cara membuat permohonan Tabung Bantuan Sarawak KAMEK, lihat dahulu secara ringkas apa itu Baitulmal KAMEK.

Ia merupakan satu portal yang dicipta oleh Tabung Baitulmal Sarawak untuk memudahkan rakyat Sarawak yang beragama Islam terutamanya untuk mengemukakan permohonan bantuan secara online dan bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kualiti sistem Tabung Baitulmal Sarawak itu sendiri.

3 Program Utama Saluran Agihan Zakat Asnaf

Antara kemudahan menggunakan portal ialah memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang produk bantuan yang boleh dipohon oleh Asnaf, iaitu mereka yang layak menerima bantuan yang disediakan seperti program berikut :

  • Program Membangun Institusi Islam
  • Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan
  • Program Memantapkan Kebajikan Ummah

Melalui portal Baitulmal Kamek juga pemohon boleh memohon bantuan secara atas talian untuk mana-mana bantuan yang hendak dipohon.

Cara Membuat Permohonan Tabung Bantuan Baitulmal Sarawak KAMEK

Untuk membuat permohonan melalui Baitulmal KAMEK, anda perlu :

  • Klik BAITULMAL KAMEK dan klik DAFTAR AKAUN untuk permohonan baru.
  • Isikan maklumat dengan lengkap seperti yang tertera.
  • Setelah siap, klik DAFTAR.

Cara Membuat Permohonan Tabung Bantuan Baitulmal Sarawak KAMEK. Klik Dan Mohon Disini

  • Setelah selesai mendaftar akaun baru, anda boleh LOG MASUK dengan memasukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN. Klik LOG MASUK untuk urusan permohonan anda.

Cara Membuat Permohonan Tabung Bantuan Baitulmal Sarawak (KAMEK)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Baitulmal KAMEK, sila hubungi  Tabung Baitulmal Sarawak di :

close-image