Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29 Menggunakan Sijil STPM/Diploma/STAM Dan HSC

683

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) merupakan satu badan kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan permohonan jawatan dalam sektor kerajaan. Bukan itu sahaja, SPA juga berperanan dalam mempromosikan jawatan-jawatan kosong yang terdapat dalam sektor kerajaan.

Pelbagai kementerian serta jabatan kerajaan melaksanakan urusan pengambilan jawatan kosong yang mereka tawarkan melalui SPA. Permohonan bagi jawatan-jawatan ini juga adalah perlu dibuat melalui SPA. Saban tahun, SPA menerima lebih daripada satu juta permohonan kerja yang dibuat secara online.

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan dalam SPA, permohonannya dibuka sepanjang tahun. Tiada tarikh tutup bagi permohonan tersebut tetapi tempoh sah laku permohonan yang anda buat itu adalah selama satu tahun.

Begitu juga dengan ambilan bagi jawatan yang ditawarkan turut dijalankan sepanjang tahun. Ambilan hanya dijalankan jika terdapat kekosongan jawatan.

Penolong Pegawai Kesatria S29 merupakan antara jawatan yang ditawarkan oleh SPA. Jawatan ini diletakkan di bawah kendalian pelbagai kementerian dan jabatan. Tugas utama adalah membantu Pegawai Kesatria mengurus serta merancang aktiviti-aktiviti berkaitan kawad.

Bagi anda yang berminat untuk memohon jawatan ini, pastikan anda memperoleh panduan lengkap permohon jawatan Penolong Pegawai Kesatria S29, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Penolong Pegawai Kesatria S29 melalui artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PENOLONG PEGAWAI KESATRIA S29

Pastikan anda telah memenuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan ini untuk memastikan anda layak memohon jawatan Penolong Pegawai Kesatria S29. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  • Bekas inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Malaysia atau yang
    setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai
    rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  • Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
    atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengetahuan
    berhubung dengan peraturan-peraturan Angkatan Tentera malaysia atau Polis
    Diraja Malaysia. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95); dan
  • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
    bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang kurang 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm
    semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
    berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Calon bagi lantikan yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(i) atau (ii) atau (iv) di atas hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan: Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesatria adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesatria Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
  • lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi
    pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
    persaraan paksa 60 tahun.

BIDANG TUGAS PENOLONG PEGAWAI KESATRIA S29

Anda wajib tahu sedikit sebanyak tentang jawatan Penolong Pegawai Kesatria S29. Perkara paling penting yang perlu anda tahu ialah bidang tugas Penolong Pegawai Kesatria S29. Berikut merupakan bidang tugas bagi jawatan ini.

  • Membantu Pegawai Kesateria merancang, mengurus serta menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti kawad, pasukan pancaragam/muzik.
  • Menguatkuasakan disiplin pelatih-pelatih di Institut Kemahiran Belia Negara.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Terdapat beberapa jawatan yang ditawarkan dalam laman web SPA ini yang mengharuskan calon yang permohonannya berjaya untuk menduduki peperiksaan. Jadi, seandainya jawatan yang anda mohon itu terdapat peperiksaan, anda perlu menduduki peperiksaan ini setelah permohonan anda berjaya. Peperiksaan ini perlu diambil secara online.

Calon akan diuji dalam tiga seksyen iaitu seksyen pengetahuan am, daya penyelesaian masalah serta ujian psikometrik dalam peperiksaan online ini. Kemudian, calon yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini akan dipanggil pula untuk menduduki temuduga.

Dalam temuduga, calon akan dinilai dalam aspek kebolehan berkomunikasi, pengetahuan tentang jawatan yang dipohon serta kesediaan anda untuk menjawat jawatan dalam sektor kerajaan.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI KESATRIA S29

Layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) untuk mengisi permohonan anda. Anda boleh klik link yang disediakan di bawah untuk anda mengisi permohonan secara online.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI KESATRIA S29

Layari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan meklumat lebih lanjut berkaitan dengan permohonan jawatan ini. Klik link yang telah disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

laman web rasmi spa

Untuk mengemukakan permohonan anda boleh terus ke laman SPA Malaysia dan isi maklumat kekosongan jawatan di atas. Pastikan anda pilih jawatan Penolong Pegawai Kesatria sebagai pilihan jawatan utama semasa memohon.

Kami ucapkan Selamat berjaya kepada semua yang memohon. Anda juga boleh rujuk permohonan jawatan kosong kerajaan lain di bawah.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image