Info Kerjaya Malaysia

RM20,000 Pembiayaan Aspirasi Assist Axiata Group. Mohon Segera Disini

2,049

RM20,000 Pembiayaan Aspirasi Assist Axiata Group

Axiata Group Berhad dan anak syarikatnya Axiata Digital, Celcom  Axiata dan edotco Group telah menawarkan pembiayaan perniagaan sehingga RM20,000 untuk usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Kelebihan Pembiayaan Aspirasi Assist

Antara kelebihan Pembiayaan Aspirasi Assist ialah :

  • Tiada pembayaran balik untuk 6 bulan pertama
  • Meliputi perlindungan sehingga RM10,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya akibat berlakunya kemalangan.
  • Bantuan sebanyak RM200 sehari akan diberikan kepada individu atau keluarga yang disahkan positif Covid-19 dibawah pembiayaan Covid-19 Assist.
  • Tempoh pembiayaan selama 18 bulan.
  • Kadar keuntungan sebanyak 0.5% sebulan manakala 0.75% untuk pembiayaan melebihi RM10,000.
  • Pembiayaan adalah berkonsepkan Syariah dan berasaskan konsep komoditi Murabahah.

Syarat Kelayakan Permohonan Pembiayaan Aspirasi Assist

Sebelum membuat permohonan, anda boleh menyemak dahulu syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Mestilah berumur antara 18 tahun hingga 65 tahun.
  • Mestilah mematuhi konsep syariah.
  • Hanya 1 kontrak perniagaan sahaja dibenarkan untuk permohonan.

Cara Membuat Permohonan Pembiayaan Aspirasi Assist

Untuk membuat permohonan, anda boleh ikuti cara-cara yang dikongsikan ini seperti :

RM20,000 Pembiayaan Aspirasi Assist Axiata Group. Mohon Segera Disini

  • Klik MOHON SEKARANG.
  • Klik I’M READY / SEDIA.

RM20,000 Pembiayaan Aspirasi Assist Axiata Group. Mohon Segera Disini

  • Isikan maklumat yang diminta.

RM20,000 Pembiayaan Aspirasi Assist Axiata Group. Mohon Segera Disini

  • Tandakan bersetuju dengan syarat dan terma yang ditetapkan.
  • Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon anda.
  • Klik VERIFY.
  • Masukkan maklumat seperti yang diminta.
  • Klik CONTINUE dan tunggu permohonan anda diproses.
  • Status kelulusan anda akan diberitahu melalui emel dan wang pembiayaan akan dimasukkan ke akaun anda dalam tempoh 48 jam selepas permohonan diluluskan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Pembiayaan Aspirasi Assist, sila hubungi urusetia di saluran berikut :

FAQ Soalan Lazim

1. Apakah Aspirasi Assist?

Aspirasi Assist ialah platform yang menawarkan pembiayaan kepada perusahaan PKS yang memerlukan berdasarkan situasi terkini COVID-19. Aspirasi Assist menawarkan pembiayaan Aspirasi Capital beserta dengan terma-terma istimewa, termasuk penangguhan pembayaran balik.

2. Apakah terma Aspirasi Capital di bawah Aspirasi Assist?

• Pembiayaan Dari RM1,000 sehingga RM20,000 • Kadar keuntungan 0.5% sebulan (0.75% sebulan untuk pembiayaan melebihi RM10,000) • Tempoh pembayaran balik 18 bulan • Tiada pembayaran balik untuk 6 bulan pertama

3. Adakah saya memerlukan penjamin atau sebarang cagaran?

Tiada penjamin atau cagaran diperlukan untuk pembiayaan ini.

4. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk pemberian jumlah pembiayaan?

Jangkaan masa untuk jumlah pembiayaan dimasukkan ke dalam akaun bank pelanggan ialah 48 jam (2 hari bekerja) selepas permohonan pembiayaan diluluskan.

5. Adakah saya memerlukan penjamin atau sebarang cagaran?

Tiada penjamin atau cagaran diperlukan untuk pembiayaan ini.

6. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Aspirasi Capital?

Permohonan untuk Aspirasi Capital hanya boleh dibuat melalui laman web kami pada masa ini.

close-image