Info Kerjaya Malaysia

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf

1,013

Bagaimana Mengemukakan Permohonan Jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 Dengan Sijil SPM/SVM/SPMV Dan Sijil Setaraf?

Ini antara soalan yang seringkali pihak kami terima dari pencari kerja lepasan SPM seluruh negeri. Untuk makluman anda, permohonan jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 sebenarnya boleh dilakukan secara online melalui portal SPA Malaysia. Di bawah merupakan panduan mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 khas untuk anda.

Tahukah anda terdapat pelbagai jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Salah satu dari jawatan yang boleh anda mohon adalah jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 yang berperanan memproses permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain tugas berkaitan.

Walaupun jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 ini merupakan jawatan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara namun, untuk mengemukakan permohonan jawatan ini, anda perlulah memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Permohonan bagi jawatan ini boleh dilakukan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan. Anda boleh memohon pada bila-bila masa kerana permohonan dibuka sepanjang tahun. Tempoh sah permohonan anda adalah selama satu tahun namun jika sudah lebih setahun, anda boleh memohon semula.

Anda berminat untuk memohon? Atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang permohonan jawatan ini, baca artikel ini untuk mengetahui cara-cara mengemukakan permohonan jawatan Pembantu Pendaftaran KP19. Syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Pembantu Pendaftaran KP19.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PENDAFTARAN KP19

Untuk anda yang berminat dengan jawatan ini, anda perlu teliti syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Anda juga perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan ini. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS PEMBANTU PENDAFTARAN KP19

Anda juga perlu tahu tugas-tugas Pembantu Pendaftaran KP19 jika anda ingin memohon jawatan ini.Antara tugas-tugas Pembantu Pendaftaran adalah seperti berikut.

  • Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Bagi permohonan yang berjaya, anda akan menduduki peperiksaan perkhidmatan awam (jika terdapat peperiksaan bagi jawatan yang anda mohon). Peperiksaan ini dijalankan secara online. Peperiksaan ini akan menguji pengetahuan am anda serta beberapa lagi aspek lain seperti pengetahuan tentang jawatan yang anda pohon, daya penyelesaian masalah dan ujian psikometrik.

Jika anda berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online ini, anda akan dipanggil temuduga pula. Anda perlu ketengahkan kebolehan berkomunikasi anda serta persiapkan diri anda dengan pengetahuan tentang isu semasa serta pengetahuan tentang jawatan ini ketika anda ditemuduga.

CARA MEMOHON JAWATAN PEMBANTU PENDAFTARAN KP19

Untuk permohonan, layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) serta isi permohonan anda. Klik link yang disediakan di bawah untuk anda permohonan di SPA8i.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU PENDAFTARAN KP19

Layari laman web rasmi SPA untuk anda dapatkan maklumat lanjut tentang permohonan jawatan ini. Klik link yang disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

Selain dari jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 di atas, terdapat beberapa jawatan lain yang anda boleh mohon melalui portal SPA Malaysia. Antaranya ialah;

close-image