Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Pakej Khas Pemulihan Pengendali Bas Sekolah LPS

1,129

Bagi membantu pemandu dan pengendali bas sekolah tidak hilang pendapatan sepanjang tempoh PKP ini, Kementerian Pengangkutan telah menyediakan satu alternatif dengan mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam (APAD) untuk mengeluarkan Lesen Perubahan Sementara (LPS).

Ini membolehkan pemandu dan pengendali bas sekolah membawa pekerja-pekerja kilang sebagai penumpang mereka.

Kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah, saya ingin menegaskan bahawa kami di Kementerian Pengangkutan sememangnya mendengar suara anda. Kerajaan juga mendengar rintihan anda. Kami sedar, ramai pengusaha bas sekolah terpaksa gulung tikar kerana tiada pendapatan apabila sekolah ditutup bagi melindungi keselamatan anak-anak kita.

Saya difahamkan, ada juga ibu bapa yang masih meneruskan pembayaran tambang anak-anak mereka kerana mahu membantu pemandu bas sekolah ini. Ia dilakukan atas budi bicara atau perbincangan antara dua pihak – ibu bapa dan pemandu bas sekolah.

Tarikh Permohonan

Permohonan LPS telah dibuka pada 1 Jun 2020 dan anda boleh terus membuat permohonan sekarang.

Dokumen Sokongan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan LPS :

  1. Lesen Pengendali bas pekerja yang mendapat kontrak perkhidmatan.
  2. Kontrak daripada pihak kilang kepada pengendali bas pekerja.
  3. Surat lantikan daripada pengendali bas pekerja kepada pengendali bas persiaran atau bas sekolah.

Tempoh LPS

Tempoh yang diberikan untuk LPS ini bergantung kepada penilaian APAD atau tidak lebih daripada 3 bulan.

Cara Memohon

Untuk memohon pakej ini, anda perlu hadir ke Pejabat APAD yang berdekatan dan lakukan permohonan secara manual di kaunter Pejabat APAD tersebut.

Bawa bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di atas.

Lokasi Permohonan LPS

Anda boleh ke lokasi berikut untuk membuat permohonan LPS :

  • Pejabat APAD Wilayah Tengah, Menara Tun Ismail Mohamad Ali (TIMA), Kuala Lumpur.
  • Pejabat APAD Wilayah Utara, Pulau Pinang.
  • Pejabat APAD Wilayah Selatan, Johor Bahru.
  • Pejabat APAD Wilayah Timur, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pakej Khas Pemulihan Pengendali Bas Sekolah Melalui LPS

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Pakej Khas Pemulihan Pengendali Bas Sekolah ini, anda boleh hubungi :

Permohonan Pakej Khas Pemulihan Pengendali Bas Sekolah Melalui LPS

Permohonan Pakej Khas Pemulihan Pengendali Bas Sekolah Melalui LPS

Permohonan Pakej Khas Pemulihan Pengendali Bas Sekolah Melalui LPS

Permohonan Pakej Khas Pemulihan Pengendali Bas Sekolah Melalui LPS

Permohonan Pakej Khas Pemulihan Pengendali Bas Sekolah Melalui LPS

Diharap Pakej Khas Pemulihan Pengendali Bas Sekolah LPS ini dapat membantu para pemandu dan pengendali bas sekolah yang mengalami masalah kewangan ketika ini.

Segala maklumat seterusnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

close-image