Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Lanjutan Moratorium Boleh Dibuat 7 Ogos Ini

2,674

Permohonan Lanjutan Moratorium

Berikutan pengumuman yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 3 petang tadi, beliau berkata bahawa rakyat Malaysia berpeluang untuk melanjutkan tempoh moratorium.

Moratarium yang dilaksanakan oleh kerajaan dijangka akan memanfaatkan seramai tiga juta individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Permohonan Lanjutan Moratorium Boleh Dibuat 7 Ogos Ini

Tarikh Permohonan Lanjutan Moratorium

Peminjam yang ingin membuat permohonan lanjutan moratorium boleh membuat permohonan di bank-bank yang berkaitan bermula pada 7 Ogos 2020.

“Justeru, peminjam yang layak boleh menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos ini.”

Bank Tawar Pilihan Penjadualan Ansuran

Pihak bank juga akan menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian bagi peminjam sewa beli yang tertakluk kepada Akta Sewa Beli.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, contohnya, memanjangkan tempoh bayaran balik pada kadar ansuran bulanan yang lebih rendah.

Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan juta individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya.

Tawaran permohonan lanjutan moratorium juga ditawarkan kepada :

  • Individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat COVID-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman.
  • Contohnya katanya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji.
  • Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.

Permohonan Lanjutan Moratorium Boleh Dibuat 7 Ogos Ini

Nota : Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan lanjutan moratorium akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

close-image