Info Kerjaya Malaysia

Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor (IRTB) RM800 Dibuka. Mohon Sekarang

1,310

Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor (IRTB)

Penghidap penyakit Tibi negeri Selangor akan menerima manfaat berbentuk wang tunai dalam satu insentif iaitu Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB). Insentif ini dapat membantu penghidap penyakit Tibi mendapatkan rawatan  seterusnya mengurangkan jumlah kes di negeri tersebut.

Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor (IRTB) RM800 Dibuka. Mohon Sekarang

Jumlah Bayaran Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB)

Jumlah bayaran IRTB adalah sebanyak RM800 dan dibayar melalui 3 fasa seperti :

  • Fasa 1 : RM200
  • Fasa 2 : RM200
  • Fasa 3 : RM 400

Syarat Permohonan

Anda yang ingin memohon Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB) ini boleh menyemak syarat permohonan seperti :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Selangor.
  • Pemohon adalah pesakit yang sedang mendapat rawatan di hospital kerajaan/klinik kesihatan/pusat perubatan swasta di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori.
  • Pemohon adalah pesakit yang sedang menerima rawatan Tibi secara aktif.

Cara Membuat Permohonan Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB)

Jika anda layak, ikuti cara-cara untuk membuat permohonan IRTB seperti berikut :

  • Klik SELANGOR PRIHATIN
  • Klik MOHON SEKARANG di bawah bahagian PERMOHONAN PROGRAM INSENTIF RAWATAN TIBI NEGERI SELANGOR.
  • Klik butang MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN.
  • Lengkapkan borang permohonan dengan lengkap.
  • Permohonan perlulah disertakan dengan dokumen sokongan berikut :
    i) Memo atau Surat Pengesahan doktor bahawa pemohon menghidap penyakit Tibi.
    ii) Salinan buku log perubatan Penyakit Tibi (TBIS 10E).
    iii) Salinan kad pengenalan pemohon.
    iv) Penyata bank pemohon yang mempunyai nama pemohon dan maklumat akaun bank
    v) Salinan dokumen pengesahan pemastautin pemohon di Selangor (contoh: Bil air, bil eletrik, perjanjian sewa atau lain-lain dokumen berkaitan).
  • Borang permohonan dan dokumen yang lengkap perlu dihantar ke Selcare Management melalui email [email protected].

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat dan pertanyaan mengenai Insentif Rawatan Tibi Selangor (IRTB), anda boleh hubungi Selangor Prihatin di saluran berikut :

close-image