Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri 2018 Negeri Terengganu di Buka

827

Permohonan Bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri 2018 Negeri Terengganu di Buka.

Bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri akan diberikan kepada golongan yang layak di bawah kategori ibu tunggal, OKU, Warga Emas dan Orang Miskin. Permohonan adalah dibuka secara online kepada rakyat Negeri Terengganu samada pemohon baru atau lama di laman web iDANATTB. Pengagihan bantuan duit raya dijangka di buat bermula awal Ramadhan

Berikut Portal Jawatan Kosong kongsikan panduan dan maklumat Permohonan Dana Raya Terengganu 2018 buat panduan para pemohon Rakyat Negeri Terengganu. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, cara mendaftar, proses dan syarat kelayakan permohonan mengikut kategori penerima.

Untuk makluman, permohonan online/ atas talian di Laman iDANATTB adalah diwajibkan untuk pemohon. Mereka yang tidak mahir berkomputer boleh datang ke Pusat Bestari.com untuk mendapatkan bantuan mengisi borang

Tarikh Permohonan Dana Raya Terengganu

Tarikh Permohonan Dana Raya Terengganu di buka bermula 24 Mei 2018 sehingga 30 Mei 2018.

Manakala agihan dana akan mula dibuat seminggu sebelum perayaan Aidilfitri Tahun 2018

Kategori Permohonan

Terdapat 4 kategori untuk permohonan Dana Raya Terengganu seperti berikut :-

  1. Ibu/ Bapa Tunggal
  2. OKU
  3. Orang Miskin
  4. Warga Emas

Syarat Kelayakan Memohon Dana Raya Terengganu

Syarat Kelayakan Am Permohonan

  1. Pemohon mestilah Rakyat Negeri Terengganu SAHAJA (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapatkan perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
  2. Bagi pemohon yang tidak mempunyai Slip Gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim
  3. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun).
  4. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak
  5. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis

Syarat Kelayakan Permohonan Dana Raya Terengganu (Mengikut Kategori)

Sebelum memohon, sila rujuk kepada syarat kelayakan permohonan setiap kategori seperti berikut :-

1) Duda/ Ibu Tunggal

Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM3,000.00 sebulan

Borang Permohonan perlu dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan dokumen berikut:-

i. Kad Pengenalan
ii. Surat Cerai
iii. Surat Mati Suami / Isteri
iv. Slip Gaji

2) OKU

Borang permohonan hendaklah dicetak & diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama-sama salinan dokumen berikut:-

i. Kad Pengenalan
ii. Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Jabatan Kebajikan Masyarakat atau;
iii. Surat Pengesahan Rawatan Doktor (dalam kes mental) atau;
iv. Surat Pengesahan Pengerusi JKKK (sekiranya tidak berdaftar sebagai
OKU)

3) Warga Emas

1. Pemohon hendaklah berusia 65 tahun dan ke atas
2. Bagi pasangan yang juga berusia 65 tahun dan ke atas, perlu memohon secara
berasingan.
3. Borang permohonan hendaklah dicetak & diserahkan ke Pengerusi JKKK
bersama Salinan kad pengenalan

4) Orang Miskin

1. Pemohon adalah dibuka kepada yang telah berkahwin dengan jumlah
pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah (Pemohon) tidak melebihi RM3,000.00
sebulan.
2. Pemohon yang belum berkahwin dan berumur melebihi 40 tahun serta
berpendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan
3. Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen adalah tidak layak memohon.
4. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK
berserta salinan dokumen berikut:-

i. Kad Pengenalan Pemohon dan Kad Pengenalan/ Surat Beranak Tanggungan
ii. Slip Gaji atau Slip Pencen terkini
iii. Salinan Surat Nikah

5. Bagi pemohonan yang telah berkahwin WAJIB mengisi maklumat Isi Rumah (Tanggungan termasuk maklumat pasangan)

Proses Permohonan Dana Raya Terengganu Secara Online

Terdapat 6 langkah yang perlu dilalui semasa membuat permohonan seperti berikut :

Permohonan Bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri 2018 Negeri Terengganu di Buka

Langkah 1 : Semakan

  • Semakan dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan pemohon.

Langkah 2 : Pilihan Bantuan

  • Semua bantuan yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon
    boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja.

Langkah 3 : Syarat Kelayakan

  • Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah
    mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.

Langkah 4 : Mohon

  • Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda * . Sebahagian
    maklumat adalah pilihan (tidak wajib disisi).

Langkah 5 : Pengesahan

  • Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua
    maklumat permohonan yang telah dibuat.

Langkah 6 : Cetak Permohonan

  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan menyerahkannya
    kepada JKKK untuk dibuat pengesahan. JKKK berhak menerima atau tidak
    menerima permohonan tersebut. JKKK akan membuat pengesahan Akuan
    Terima permohonan dan menyerahkan slip Akuan Terima tersebut kepada
    pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan

Permohonan Online Dana Raya Terengganu 2018

Permohonan Dana Raya Terengganu 2018 boleh di buat secara online melalui pautan yang disediakan di bawah:

http://idana.terengganu.gov.my/

close-image