Info Kerjaya Malaysia

Pemberian & Permohonan BR1M Akan Diteruskan Untuk Penjawat Awam & Warganegara Yang Layak

223

Adakah Pemberian & Permohonan BR1M Akan Diteruskan Untuk Penjawat Awam & Warganegara Yang Layak?

Persoalan di atas merupakan antara perkara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan adalah tentang isu pemberian dan permohonan BR1M.

Untuk makluman, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad telah memaklumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.

Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.

SYARAT PEMBERIAN & PERMOHONAN BR1M YANG AKAN DIKAJI

  1. Permohonan BR1M dan pemberian hanya untuk penjawat awam dan warganegara yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja
  2. Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan.
  3. BR1M perlu di lihat sebagai satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial

Jadi ini merupakan antara berita baik untuk anda sekiranya anda salah seorang penerima bantuan BR1M sebelum ini.

Semakan kelayakan BR1M juga akan dikemaskini dari masa kesemasa.

close-image