Perjalanan Balik Kampung Raya Rentas Negeri Tidak Dibenarkan ~ PM

7,053

Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung hari ini.

“Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain,” katanya.

Umat Islam bakal menyambut hari raya Aidilfitri tiga minggu agi.

Turut tidak dibenarkan majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan.

“Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan,” kata Muhyiddin.

Dalam perutusan tersebut Perdana Menteri turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei ini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image