Info Kerjaya Malaysia

Bagaimana Penjawat Awam Boleh Miliki 4 Buah Rumah Jika Ikut Tips Ini

364

Penjawat Awam Boleh Miliki 4 Buah Rumah

Tahukah anda bahawa penjawat awam boleh memiliki minimum 4 buah rumah? Tetapi ramai antara anda yang tidak tahu mengenai perkara ini dan menyatakan hanya mampu memiliki minima 1  buah rumah sahaja.

Bagaimanakah untuk memiliki 4 buah rumah ini? Lihat cara yang betul untuk memiliki rumah melalui perkongsian ini.

Bagaimana Penjawat Awam Boleh Miliki 4 Buah Rumah Jika Ikut Tips Ini

Kelebihan Penjawat Awam

Terdapat beberapa kelebihan penjawat awam yang perlu anda tahu iaitu :

  • Kerajaan memberi pembiayaan rumah sehingga 100% melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
  • Penjawat awam bergaji RM3000 dan ke atas lebih mudah untuk membeli rumah berbanding pekerja swasta.

Baca juga : Bantuan Beli Rumah Dari Kerajaan Untuk Membantu Anda Beli Rumah Pertama (Golongan B40)

Kelayakan MOF

  • Setiap orang layak mendapat Margin Of Financing (MOF) sampai 90%-100% untuk rumah pertama dan 90% untuk rumah ke 2 daripada bank. (Pembiayaan bank 90% dan 10% pembeli)
  • Bergantung kepada kekuatan kewangan dan skor kredit.

Antara penyebab anda tidak mendapat MOF yang tinggi adalah :

  1. Anda mempunyai komitmen / hutang yang tinggi.
  2. Gaji yang kecil.
  3. Tiada simpanan sendiri.
  4. CCRIS yang tidak cantik.
  5. Rekod yang buruk dari CTOS.
  6. Tiada rekod CCRIS.
  7. Penggunaan kad kredit yang tinggi.
  8. Rumah jenis Master Title / Hakmilik Induk.

Bagaimana Penjawat Awam Boleh Miliki 4 Buah Rumah Jika Ikut Tips Ini

Kaedah Pembiayaan LPPSA

Anda boleh menggunakan pembiayaan LPPSA untuk membuat pembelian rumah seperti berikut :

  • Rumah 1 : 100% Pembiayaan bank dengan Skim rumah Pertama.
  • Rumah 2 : Pembiayaan bank 90% (dapatkan 10% rumah bawah pasaran dan anda boleh mendapat pinjaman penuh).
  • Rumah 3 : 100% Pembiayaan LPPSA.
  • Rumah 4 : 100% Pembiayaan ke-2 LPPSA (Setelah rumah nombor 3 naik harga dan hutang telah berkurang, anda boleh refinance dan gunakan kuota ke dua LPPSA untuk pembelian rumah yang ke 4).

Baca juga : 5 Kelebihan Beli Rumah Pertama Menggunakan Loan LPPSA Yang Wajib Anda Tahu 

Contoh Situasi

Jika anda suami isteri adalah penjawat awam. Apakah kelebihan yang anda boleh dapati?

Kelebihan yang anda perolehi adalah :

  • Anda suami isteri berpencen dengan 8 buah rumah anda sendiri.
  • 7 buah rumah yag anda miliki boleh disewakan dan 1 buah rumah adalah kediaman yang anda tinggal sendiri.

Strategi Pembelian Rumah Guna LPPSA

Berikut adalah contoh strategi untuk pembelian rumah menggunakan LPPSA dan maksimumkan kuota MOF sekiranya suami isteri adalah penjawat awam :

Suami

Rumah Pertama : 90% bank.
Rumah Ke-2 : 90% bank.
Rumah Ke-3 : 100% LPPSA.
Rumah Ke-4 : 100% LPPSA.

Isteri

Rumah Pertama : 90% bank.
Rumah Ke-2 : 90% bank.
Rumah Ke-3 : 100% LPPSA.
Rumah Ke-4 : 100% LPPSA.

Berdasarkan strategi berkenaan maka, tidak mustahil untuk anda suami isteri untuk mendapatkan 8 buah rumah sebelum anda berpencen daripada pekerjaan anda.

Bagaimana Penjawat Awam Boleh Miliki 4 Buah Rumah Jika Ikut Tips Ini

Sumber : Facebook Razzaaq Ajaq

close-image