KWSP Tawarkan Pengeluaran Wang Akaun 2 Untuk Rawatan Kesuburan
KWSP Tawarkan Pengeluaran Wang Akaun 2 Untuk Rawatan Kesuburan
Seiring dengan kemajuan pada masa kini, pastinya setiap orang mengimpikan untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan masing-masing termasuk memiliki zuriat setelah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga.
Tetapi kos untuk setiap rawatan terutamanya kos rawatan kesuburan memerlukan jumlah wang yang agak tinggi.
Kini, semua ini bukanlah satu masalah lagi malah bakal menjadi kenyataan buat anda. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membenarkan anda untuk melakukaan pengeluaran bagi pasangan yang ingin melakukan rawatan kesuburan.
Kenyataan ini telah dikeluarkan melalui satu posting rasmi menerusi Facebook rasmi KWSP dimana mereka telah memperluaskan Pengeluaran Kesihatan buat pasangan yang ingin membiayai kos rawatan kesuburan.
Akaun Yang Dibenarkan Untuk Pembiayaan Rawatan Kesuburan
Akaun yang dibenarkan untuk pengelauran Rawatan Kesuburan adalah Akaun 2 ahli KWSP sahaja atau pasangan.
Syarat Kelayakan Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan Kesuburan
Sebelum anda membuat permohonan, semak dahulu syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
- Berumur bawah 55 tahun.
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
- Merupakan pasangan (Suami / Isteri) yang sah berkahwin dari segi undang-undang
Keperluan Tambahan
- Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan.
- Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP *
- Tidak mendapat rawatan alternatif
Nota : * Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP
Jenis-Jenis Rawatan Kesuburan Yang Dibenarkan
Rawatan Kesuburan dibenarkan :
- Intrauterine insemination (IUI)
- In-Vitro Fertilisation (IVF)
- Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI)
Dokumen Yang Diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan Rawatan Kesuburan ialah :
- Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen.
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja).
- Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun.
- Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan).
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal.
- Laporan Perubatan – Rawatan Kesuburan LPP-2.
Cara Pembayaran
Sekiranya permohonan anda diluluskan, bayaran akan dibuat seperti berikut :
- Bayaran penuh di dalam Ringgit Malaysia dan akan dikreditkan ke dalam akaun pemohon.
- Jika bayaran gagal ke akaun pemohon gagal, pemohon akan diberi cek jurubank oleh pihak KWSP.
- Bagi bayaran luar negara, bayaran akan dibuat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan pemohon yang terdapat dalam senarai mata wang yang disahkan.
Cara Membuat Permohonan
Sekiranya anda layak membuat permohonan Rawatan Kesuburan anda perlu :
- Hadirkan diri ke pejabat KWSP yang berdekatan.
- Bawa bersama kad pengenalan dan salinan.
- Buku akaun bank / bukti nombor akaun bank.
- Laporan perubatan dari institusi perubatan.
- Surat pengesahan majikan mengenai kos perubatan / rawatan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Rawatan Kesuburan, sila layari laman web rasmi KWSP di :