Body Shaming Adalah Jenayah. Hati-Hati Ketika Berkata-Kata

1,314

Body Shaming Adalah Jenayah. Hati-Hati Ketika Berkata-Kata

Hati-hati ketika berkata-kata terutamnya ketika live di media sosial. Jika anda pernah melakukan perbuatan mengejek tubuh badan seseorang secara terbuka ia boleh mengakibatkan anda dipenjara atau didenda serta disaman sehingga jutaan ringgit oleh mangsa buli body shaming tersebut.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Facebook rasmi mereka telah menyatakan bahawa perbuatan ini adalah satu kesalahan jenayah dan menasihatkan para pengguna media sosial untuk lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

Kesan Negatif Body Shaming Kepada Mangsa

Perbuatan body shaming ini memberikan kesan negatif kepada mangsa buli seperti :

  • Stress
  • Gangguan emosi
  • Hilang keyakinan diri
  • Kecelaruan pemakanan
  • Kemurungan
  • Perbuatan membunuh diri

Body Shaming Adalah Jenayah. Hati-Hati Ketika Berkata-Kata

Denda Body Shaming

Body shaming ini merupakan satu jenayah buli siber dan mangsa boleh membuat laporan Polis atau kepada SKMM.

Mengikut Sekyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), jika didapati bersalah :

  • Akan dikenakan denda tidak lebih RM50,000.
  • Penjara tidak lebih setahun.
  • Atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya anda di ejek secara berhadapan pula, anda boleh mengambil tindakan lain yan terdapat dalam Akta 588 di mana ianya khusus untuk kesalahan yang dilakukan menggunakan mana-mana aplikasi.

Body Shaming Adalah Jenayah. Hati-Hati Ketika Berkata-Kata

Mulai hari ini, sila hentikan perlakuan membuli atau mengejek bentuk tubuh badan seseorang secara berhadapan atau melalui media sosial walaupun sekadar sebagai gurauan kerana pelbagai tindakan boleh diambil oleh mangsa terhadap anda.

Terima SMS Link daripada Maybank? Jangan klik tersebut kerana ia adalah scammer untuk memerangkap anda. Klik sini untuk info selanjutnya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image