Hati-Hati Jika Terima SMS Link Daripada Maybank. Jangan Tekan. Itu Adalah Scammer

1,875

Hati-Hati Jika Terima SMS Link Daripada Maybank. Jangan Tekan. Itu Adalah Scammer

Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh sindiket penipuan atau scammer yang berkaitan dengan duit atau bank semata-mata untuk menipu mangsa.

Terdapat 3 cara yang selalu dilakukan oleh pihak scammer untuk menipu mangsa seperti :

  • Scam melalui emel
  • Scam melalui telefon
  • Scam melalui SMS

3 cara ini sering digunakan oleh scammer dimana mereka menggunakan nama bank yang selalu digunakan oleh mangsa dan mereka berlakon seoalah-olah mereka adalah pihak bank yang sebenar.

Maybank Ingatkan Pengguna Untuk Tidak Tekan Link Melalui SMS

Baru-baru ini pihak Maybank telah mengeluarkan satu kenyataan melalui Facebook rasmi mereka agar orang ramai sentiasa berhati-hati dan tidak membuka link yang diterima melalui SMS yang mendakwa bahawa mereka adalah Maybank.

Anda juga diingatkan untuk tidak LOG IN ke Maybank2u melalui link tersebut kerana itu adalah link scammer untuk mendapatkan maklumat akaun anda seterusnya akan akses ke akaun Maybank anda.

Hati-Hati Jika Terima SMS Link Daripada Maybank. Jangan Tekan. Itu Adalah Scammer

Cara Menghindari Dari Scammer

Untuk menghindari anda daripada memberikan maklumat kepada scammer, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Jangan berkongsi nombor kad ATM , nombor pin, username, password dan nombor TAC kepada nombor yang tidak dikenali.
  • Jangan dedahlan maklumat diri anda.
  • Jangan klik link yang dihantar kepada anda.
  • Ingat, Maybank tidak akan menghantar link melalui SMS.

Sebarang maklumat lanjut dan info selanjut mengenai scammer melalui link yang dihantar dari ke SMS, sila klik link berikut, https://mybk.co/2IVan56.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image