Apa Yang Akan Anda Lakukan Sekiranya Anda Tidak Mendapat Jawatan Ini? Ini Cara Jawab Beserta Contoh

1,797

Apa Yang Akan Anda Lakukan Sekiranya Anda Tidak Mendapat Jawatan Ini?

Memang berdebar lain macam bila mendapat soalan ini. Adakah betul tak dapat kerja ini atau penemuduga sekadar menguji sahaja? Tetapi anda tetap perlu menjawab soalan yang ditanya oleh penemuduga walau apa juga keadaan sekalipun.

Bagaimana untuk menjawabnya?

Baca perkongsian ini untuk mendapat panduan menjawab soalan ini.

Tujuan Soalan Ini Ditanya

Jangan cepat panik sekiranya anda ditanya soalan ini. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Setiap soalan yang ditanya ada sebab yang tertentu. Antaranya ialah penemuduga ingin seorang pekerja yang setia dengan syarikat dan terus bersama sehingga syarikat berkembang pesat.

Malahan penemuduga juga ingin mengetahui matlamat jangka panjang kerjaya seseorang pekerja yang ditemuduga. Ini kerana terdapat pekerja yang akan meninggalkan syarikat untuk mengejar cita-cita kerjaya ke peringkat yang jauh lebih.

Apa Yang Akan Anda Lakukan Sekiranya Anda Tidak Mendapat Jawatan Ini?

Cara Menjawab Soalan

Walaupun tidak diketahui apakah soalan yang akan ditanya, anda boleh membuat andaian soalan dan berlatih menjawab soalan. Persiapkan beberapa jawapan yang fokus kepada matlamat jangka panjang kerjaya, jawatan tertinggi yang diharapkan pada masa akan datang, pencapaian kemahiran kerjaya anda dan kembangkan jawapan anda dengan kreatif.

Untuk menjawab soalan ini, anda tidak perlu terus menyatakan bahawa anda perlu meninggalkan syarikat tersebut untuk memperkembangkan kerjaya anda di masa hadapan.

Semasa menjawab soalan ini, tekankan kesetiaan anda kepada syarikat.

Contoh jawapan :

“Saya sangat suka dengan perkembangan syarikat ini dari semasa ke semasa. Sekiranya saya tidak terpilih untuk menjawat jawatan ini, saya tetap akan bekerjasama dengan sesiapa yang terpilih untuk menjawat jawatan ini. Namun saya merasakan bahawa saya adalah calon yang terbaik berdasarkan pengalaman kerjaya saya yang lalu.”

Seperti contoh di atas, ia memperlihatkan sifat profesional menjawab soalan dimana calon menyatakan kemahiran dan pencapaiannya dalam jawatan yang terdahulu.

Soalan ini walaupun kelihatan agak mudah untuk dijawab, tetapi jawapan yang akan diberikan oleh calon adalah penentu kepada penemuduga untuk menilai anda.

Inginkan soalan lain yang agak mencabar ketika temuduga beserta contoh jawapan? Dapatkan disini dan anda boleh jadikan panduan untuk temuduga yang akan datang.

Apa Yang Akan Anda Lakukan Sekiranya Anda Tidak Mendapat Jawatan Ini?

Contoh Jawapan Lain Yang Sesuai

Sudah pasti jawapan yang diberikan juga adalah berbeza bergantung kepada jawatan yang dipohon, syarikat dan matlamat jangka panjang kerjaya anda. Sekiranya anda ingin memperkembangkan kemahiran tertentu atau mendapatkan pengalaman untuk menjadikan anda calon yang lebih baik pada masa akan datang, anda boleh menggunakan contoh di bawah :

  • Saya akan terus mencari pekerjaan yang berkaitan dengan bidang ini tetapi pada kedudukan yang lebih sesuai untuk matlamat jangka panjang kerjaya saya.
  • Saya akan terus mencari kekosongan jawatan lain di syarikat ini dan mengambil peluang yang ada untuk terus maju dalam kerjaya saya.
  • Saya akan mengambil peluang untuk mengikut latihan atau kursus serta mendapat sijil profesional untuk meningkatkan kemahiran kerjaya saya.
  • Saya rasa ini sangat sesuai untuk saya, jadi saya harap saya tidak perlu terlalu memikirkannya.

Kelebihan Memohon Jawatan Dalaman

Terdapat beberapa kelebihan sekiranya anda memohon jawatan dalaman iaitu jawatan kosong yang ada di dalam syarikat anda. Antaranya ialah :

  • Anda berpeluang untuk menonjolkan diri kepada penemuduga dengan mempromosikan kelebihan dan kemahiran anda yang tidak diketahui oleh orang lain.
  • Anda boleh mengemaskini resume anda untuk menonjolkan bakat dan kemahiran anda yang belum dimanfaatkan pada pekerjaan sekarang.
  • Penemuduga akan ingat pada anda yang telah melalui sesi temuduga dan mungkin meminta anda untuk memohon semula jawatan tersebut pada masa akan datang.
  • Anda juga mungkin akan terus ditawarkan jawatan tersebut dengan kedudukan yang lebih baik pada masa akan datang sekiranya ada kekosongan.

Keburukan Permohonan Jawatan Dalaman

Terdapat juga beberapa keburukan kecil sekiranya anda tidak mendapat jawatan ini. Antaranya ialah :

  • Anda akan melihat panel temuduga setiap hari di syarikat anda. Itu adalah satu situasi yang berbeza dengan temuduga biasa.
  • Anda akan merasa tidak selesa untuk terus bekerja di syarikat tersebut kerana kecewa akibat tidak mendapat pekerjaan yang dipohon.
  • Anda pasti memikirkan cara untuk bekerjasama dengan rakan anda yang mendapat pekerjaan yang anda inginkan.

Namun semua itu bukanlah satu alasan untuk anda terus kecewa dan berada dalam tahap kerja yang sama. Jadikan semua ini sebagai satu peluang untuk anda memperbaiki diri anda dari semasa ke semasa. Majukan diri anda dengan mengikuti latihan atau kursus kemahiran beserta sijil profesional demi matlamat jangka panjang matlamat kerjaya anda.

Mungkin pada masa akan datang, kemahiran kerja anda menjadi lebih baik dan menepati kehendak majikan.

Apa Yang Akan Anda Lakukan Sekiranya Anda Tidak Mendapat Jawatan Ini?

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk menjawab soalan ini sekiranya anda ditanya oleh penemuduga.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image