Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Pengeluaran ASB Online Melalui MyASNB Pada Bila-bila Masa Tak Perlu Ke Kaunter

19,375

Kini anda boleh mengeluarkan duit simpanan ASNB anda secara online melalui kemudahan terbaru yang disediakan melalui myASB.

Kemudahan pengeluaran maksima RM500 ini disediakan secara percuma untuk memudahkan penyimpan membuat pengeluaran secara online tanpa perlu ke pejabat ASB atau bank-bank berdekatan.

Anda boleh ikut 7 langkah mudah di bawah untuk membuat pengeluaran ASB online melalui kemudahan myASB ini.

KEMUDAHAN PENGELUARAN DUIT ASNB SECARA ONLINE

Kemudahan pengeluaran secara dalam talian @ myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.

Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.

Jumlah pengeluaran ASNB yang dibenarkan dikeluarkan secara online.

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

7 LANGKAH MUDAH MEMBUAT PENGELUARAN ASB ONLINE

Di bawah merupakan 7 langkah mudah untuk anda membuat pendaftaran dan pengeluaran ASB secara online. Sila rujuk setiap langkah bergambar di bawah dan buat pendaftaran anda.

Langkah 1: Login atau Log Masuk Ke Akaun myASNB

Langkah 2: Klik Portfolio. Kemudian Klik Transaksi Pada Unit Amanah Dikehendaki dan pilih Jualan Balik

Langkah 3: Pastikan Maklumat Bank Anda Betul. Klik Seterusnya

Langkah 4: Baca, Tanda Kotak Pengisytiharan dan Klik Seterusnya

Langkah 5: Masukkan Amaun, Tanda Kotak Pengisytiharan dan Klik Seterusnya

Langkah 6: Semak Butiran Bank Anda. Klik Teruskan

Langkah 7: Klik Permintaan TAC dan Isi. Klik Seterusnya

Transaksi Anda Berjaya

PENDAFTARAN MYASNB

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini.

Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB di www.myASNB.com.my. Klik pautan di bawah untuk cara-cara mendaftar myASNB.

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

DAFTAR MYASNB KLIK SINI

close-image