Pengecualian Kompaun Lewat Renew SSM Lanjut Hingga Hujung Tahun

1,757

Pengecualian Kompaun Lewat Renew SSM Dilanjutkan

Memahami masalah yang dihadapi oleh 740,00 pemilik perniagaan untuk membuat pembaharuan pendaftaran perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan melanjutkan tempoh pengecualian kompaun sehingga 31 Disember 2020.

“Seksyen 12(1)(b) Akta Pendaftaran Perniagaan (APP) 1956 menetapkan bahawa menjadi satu kesalahan apabila seseorang meneruskan sesuatu perniagaan selepas tempoh pendaftaran luput.

“Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Cara Renew SSM Secara Online

Berikut adalah langkah-langkah membuat pembaharuan lesen SSM secara online serta maklumat penting untuk panduan semua.

  1. Layari laman web Sistem Pembaharuan Lesen Perniagaan SSM
  2. Selepas mengakses pautan di atas klik RENEW SEKARANG
    ezBiz
  3. Di bawah ruangan Renew SSM Online, isikan maklumat-maklumat penting termasuk: Jumlah Tahun (Berapa tahun yang diperlukan untuk memperbaharui lesen SSM), Perlukah Maklumat Perniagaan? (Pilih sama ada anda memerlukan maklumat perniagaan atau tidak)
  4.  Isi ruang Lewat Renew? (Pilih sama ada lesen SSM anda telah melebihi tempoh atau tidak)
  5. Jumlah bayaran yang perlu dibuat akan dipaparkan  di Subtotal dan Yuran Proses
  6. Klik SETERUSNYA

  7. Di bahagian BILLING DETAILS, isikan maklumat penting yang merangkumi nombor pendaftaran syarikat, nama syarikat, nama anda, nombor telefon, alamat emel dan maklumat tambahan.
  8. Tandakan petak yang menandakan anda bersetuju dengan terma dan syarat
  9. Klik PAY WITH BILLPLZ

  10. Selesai membuat bayaran, dokumen akan diberikan terus kepada anda menerusi emel dalam tempoh 24 jam hari bekerja.

Untuk dapatkan maklumat lain berkaitan cara renew lesen secara online, anda boleh klik pautan ini:

ezBiz SSM: Cara Mudah Renew SSM Secara Online

Info Dan Maklumat Lanjut

Jika anda inginkan maklumat dan info yang lebih lanjut berkaitan perkara ini, anda boleh hubungi :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image